CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 2, 2010

Ya Allah bantulah kami...


assalamualaikum w.r.b.t
bismillahirrahmaanirrahim...
segala puji2an hanya padaMu Ya Allah ,Tuhan yang ditanganMu nyawaku,selawat dan salam kepada Ar-Rasul yang aku cintai dan seluruh ahli keluarganya dan seterusnya penyambung kerja2 mulianya.
Kami sedar dan kami akur dengan tulang empat kerat kami,mana mungkin fikrah ini tersebar,kami juga merasakan dengan diri yang lemah ini,yang serba kekurangan yang tidak terlepas dari dosa dan noda,sungguh payah untuk kami menjunjung tugas ini,namun kami percaya dengan janjiMu...kami sungguh berbangga kerana Mu ,Ya Allah Tuhan kami,memilih kami berada pada fasa kebangkitan ini,...dan aku yang teramanah diatas bahuku sebagai ameer menyedari dan akur akan kekuatan dan segala kelemahan yang ada,namun pada pandanganku,aku lihat ada sinar yang memancar di hujung sana.
Tiadalah kebanggaan bagi yang memulakan kerja2 ini,namun yang akan berbangga generasi yang akan datang,walaupun begitu ,aku merasakan fasa kebangkitan adalah fasa yang cukup bermakna ,berbanding merasai nikmat selepasnya,merasai ramainya ikhwah ,merasai program yang tersusun dan padat dan melihat sokongan dari ramainya ahli.Fasa kebangkitan mengajarkan aku erti kematangan ,kegigihan ,dan membentuk aku menjadi seorang yang berdisiplin.

Fasa kemenangan bukanlah fasa bermegah2,namun fasa muhasabah,aku akui tarbiyyah yang diajarkan oleh ayahanda dan bonda mengajarkanku erti adab.Kejayaan tarbiyyah dan dakwah bukanlah untuk dimegah2 ,namun suatu pengajaran.

kenapa aku berkata begitu,bagiku,lain padang lain belalang,tidak boleh disamakan dengan satu tempat dengan tempat yang lain,perlu sedar...waqi`nya...bukanlah kejayaan disatu tempat memberikan contoh terbaik kepada tempat yang lain...

kita sebagai penduduk lebih memahami SWOT ... dan tempat lain hanyalah nasihat dan sedikit penyuntik ,penyemarak di bumi sendiri...

biarlah masa yang lalu terus berlalu,jadikan sebagai sempadan...masa dihadapan perlu dihadapi...dan diambil peluang dengan sebaiknya...

fahami amal jama`ie...fahami konsep faham itu sendiri dan aplikasikan Rukun Bai`ah buat diriku sendiri....dengan bantuan mu ya Allah....sistem ini telah mengikat aku pada konsepnya yang aku tidak akan berganjak dan terus taat kepadaMu...Ya Allah bantulah kami...

Insyallah dengan bantuanMu kami mampu untuk melebarluaskan lagi dakwah dikampus tercinta ini..

tazkirah buat diri yang terus dalam pembinaan...

0 comments: