CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 22, 2009

tazkirah untuk diri sendiri...


Assalamualaikum w.r.b.t
Segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah subhanahuwata`ala keranaNyalah kita masih diberi kesempatan merasai nikmat iman dan islam ,semoga kita terus dibekalkan dengan kedua-dua nikmat ini sehingga bertemuNya kembali.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallahu`alaihiwassalam ,para sahabat,ahli keluarga baginda,tabi` tabi`in, para mujahidin dan para duat yang sedang dan yang telah gugur dalam menyambung perjuangannya.
Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga PKN 09 dan Sambutan 10 Tahun KARISMA kerana telah bertungkus lumus memerah idea dan keringat demi menjayakannya,tanpa doa dan sumbangan seluruh ikhwah dan akhwat yang saya kasihi,mana mungkin kedua-dua majlis yang bersejarah ini dapat diadakan , pada hemat saya inilah julung-julung kalinya Perhimpunan KARISMA Nasional 09 diadakan serentak dengan Sambutan 10 tahun KARISMA,sememangnya memerlukan usaha yang gigih dan diharapkan KARISMA Petaling Jaya menjadi perintis kepada lokaliti lain dalam melihat kelebihan dan kekurangan yang ada sempena program ini berlangsung. Tidak juga saya lupakan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada IPT-IPT sekitar Petaling Jaya dalam pembikinan program ini, UM ,Matrikulasi UIA , Kolej MAHSA ,UiTM Jalan Othman, dan Kolej Taylor, selayaknya Allah Taala sahajalah yang berhak mengganjari anda semua!.
“ Sedekad Mengukuh Tekad” sememangnya sangat sinonim dengan umur KARISMA ,yang menunjukkan kematangan mendahului usia ,sepanjang 10 tahun bersama, pertukaran dan pergantian silih berganti majlis tertinggi , dan mendepani isu , seharusnya KARISMA diberikan pujian. Pada pendapat saya, KARISMA yang merupakan anak didik ayahanda JIM , bersama-sama di mana dan pada bila masa sahaja mendapat pendedahan daripada ayahanda JIM disegenap aspek , isu dan permasalahan yang bermain disekitar masyarakat. KARISMA juga sangat beruntung kerana mendapat belaian kasih sayang daripada ayahanda JIM yang terlebih dahulu menempuh pahit maung berjuang dalam pegislahan masyarakat. Ayuh rakan-rakan akan kita sambung perjuangan ayahanda!, “manakan jatuh kuah kalau tidak ke nasi”.
Pesanan dan tunjuk ajar daripada yang tua perlu kita sematkan dalam hati,jadilah kita sebagai seorang yang taat dan thiqah akan arahan ketua dan jemaah,jadilah kita sami`na wa ato`na. Jangan sesekali kita mempersoalkan apa-apa yang dikeluarkan jemaah selagimana tidak bertentangan dengan syarak,bersikaplah kita sebagai seorang ikhwah atau akhwat yang faham akan amal jama`ie ,teorinya pada Rukun Bai`ah yang sepuluh oleh Assyahid Imam Hassan Albanna itu bukan sekadar pengajaran didalam usrah semata namun perlu dizahirkan melalui perlakuan kita. Jangan jadi pengkritik,tetapi jadilah pengislah,sudah sedekad bersama,namun ranjaunya masih panjang,kita yang membinanya kerana niat yang satu.
Bersyukurlah dan rasailah beruntungnya kerana saya ,anda dan sesiapa juga yang dipilih Allah dalam jalan ini (dakwah dan tarbiyyah) menyambung pejuangan muallim,mudarris,murabbi agung dan apa-apa gelaran selayaknya bagi Ar-Rasul S.A.W, kerana Allah sememangya sayangkan kita! Marilah sama-sama muhasabah diri dan jadikan jalan ini sebagai bekal kembali menemuiNya dalam Dia meredhai kita dan kita meredhaiNya.Wallahu`alam. Selamat bersidang!

0 comments: