
Assalamualaikum w.r.b.t
Segala puji-pujian dipanjatkan kepada Allah subhanahuwata`ala keranaNyalah kita masih diberi kesempatan merasai nikmat iman dan islam ,semoga kita terus dibekalkan dengan kedua-dua nikmat ini sehingga bertemuNya kembali.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallahu`alaihiwassalam ,para sahabat,ahli keluarga baginda,tabi` tabi`in, para mujahidin dan para duat yang sedang dan yang telah gugur dalam menyambung perjuangannya.
Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga PKN 09 dan Sambutan 10 Tahun KARISMA kerana telah bertungkus lumus memerah idea dan keringat demi menjayakannya,tanpa doa dan sumbangan seluruh ikhwah dan akhwat yang saya kasihi,mana mungkin kedua-dua majlis yang bersejarah ini dapat diadakan , pada hemat saya inilah julung-julung kalinya Perhimpunan KARISMA Nasional 09 diadakan serentak dengan Sambutan 10 tahun KARISMA,sememangnya memerlukan usaha yang gigih dan diharapkan KARISMA Petaling Jaya menjadi perintis kepada lokaliti lain dalam melihat kelebihan dan kekurangan yang ada sempena program ini berlangsung. Tidak juga saya lupakan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada IPT-IPT sekitar Petaling Jaya dalam pembikinan program ini, UM ,Matrikulasi UIA , Kolej MAHSA ,UiTM Jalan Othman, dan Kolej Taylor, selayaknya Allah Taala sahajalah yang berhak mengganjari anda semua!.
“ Sedekad Mengukuh Tekad” sememangnya sangat sinonim dengan umur KARISMA ,yang menunjukkan kematangan mendahului usia ,sepanjang 10 tahun bersama, pertukaran dan pergantian silih berganti majlis tertinggi , dan mendepani isu , seharusnya KARISMA diberikan pujian. Pada pendapat saya, KARISMA yang merupakan anak didik ayahanda JIM , bersama-sama di mana dan pada bila masa sahaja mendapat pendedahan daripada ayahanda JIM disegenap aspek , isu dan permasalahan yang bermain disekitar masyarakat. KARISMA juga sangat beruntung kerana mendapat belaian kasih sayang daripada ayahanda JIM yang terlebih dahulu menempuh pahit maung berjuang dalam pegislahan masyarakat. Ayuh rakan-rakan akan kita sambung perjuangan ayahanda!, “manakan jatuh kuah kalau tidak ke nasi”.
Pesanan dan tunjuk ajar daripada yang tua perlu kita sematkan dalam hati,jadilah kita sebagai seorang yang taat dan thiqah akan arahan ketua dan jemaah,jadilah kita sami`na wa ato`na. Jangan sesekali kita mempersoalkan apa-apa yang dikeluarkan jemaah selagimana tidak bertentangan dengan syarak,bersikaplah kita sebagai seorang ikhwah atau akhwat yang faham akan amal jama`ie ,teorinya pada Rukun Bai`ah yang sepuluh oleh Assyahid Imam Hassan Albanna itu bukan sekadar pengajaran didalam usrah semata namun perlu dizahirkan melalui perlakuan kita. Jangan jadi pengkritik,tetapi jadilah pengislah,sudah sedekad bersama,namun ranjaunya masih panjang,kita yang membinanya kerana niat yang satu.
Bersyukurlah dan rasailah beruntungnya kerana saya ,anda dan sesiapa juga yang dipilih Allah dalam jalan ini (dakwah dan tarbiyyah) menyambung pejuangan muallim,mudarris,murabbi agung dan apa-apa gelaran selayaknya bagi Ar-Rasul S.A.W, kerana Allah sememangya sayangkan kita! Marilah sama-sama muhasabah diri dan jadikan jalan ini sebagai bekal kembali menemuiNya dalam Dia meredhai kita dan kita meredhaiNya.Wallahu`alam. Selamat bersidang!
Tuesday, December 22, 2009
tazkirah untuk diri sendiri...
Posted by fatahensem at 6:20 PM 0 comments
Labels: tazkirah
Tuesday, December 8, 2009
Thursday, December 3, 2009
sambal jate

bismillahirrahmanirrahim
wallahu`alam ambo pun x tahu bakpo nama sambal tu lagutu...
tp sedap insyallah...x nawok sikit pun...
cara2 nk buat sambal jate...
bahan2...
bahan A
segenggam udang kering yang digaringkan atas kuali tanpa minyak.
2 sudu makan cuka
8 sudu makan gula
1 camca garam
segenggam cili padi
secubit ajinomoto
Bahan B
5 biji asam limau nipis
langkah2nya
blend bahan A semua hingga lumat...
perahkan asamlimau nipis (bahan B) kedalam lumatan bahan A...
sedia untuk dihidang...
p/s:berkadaran mengikut kepada kuantiti sambal yang ingin dibuat...
ayah ambo royak...rahsia sambal sedap adalah rasa manisnya... :)
sedap dimakan dengan apa jua jenis masakan...lebih sedap dimakan bersama nasi panas...
-hasil pengamatan ambo nasi bungkus ayam berempah (saim ayoh) yang terkenal di KB...
Posted by fatahensem at 8:38 AM 0 comments
Labels: al-akhbar al-mahalliah
Wednesday, December 2, 2009
minyak dan doa

http://kini2u.com/v1/2009/11/najib-seleweng-fakta-hak-royalti-minyak-kelantan/
Najib seleweng fakta hak royalti minyak Kelantan
Ahli Parlimen PAS kesal dengan penyelewengan fakta yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan rakyat berhubung pembayaran royalti petroleum kepada rakyat Kelantan.
Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.
Salahuddin Ayub (PAS – Kubang Kerian ) berkata, pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan.
“PAS kesal dan dukacita dengan jawapan perdana menteri tadi tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.
Beliau juga berkata, rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.
“Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Mereka memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi,” tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau di dewan rakyat pagi tadi meminta Najib menyatakan bilakah tuntutan royalti kerajaan kelantan akan dilangsaikan petronas.
Najib dalam jawapannya berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan.
Najib juga berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Dr. Dzulkifly Ahmad (PAS � Kuala Selangor) pula mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Najib yang juga menteri kewangan kerana menyelewengkan fakta dengan mensyaratkan kedudukan telaga minyak mesti tiga batu nautika dari darat untuk mendapat royalti sedangkan dalam akta petroleum tidak disebutkan syarat itu.
“Jelas perdana menteri tadi melakukan penyelewengan fakta dengan menyebut tentang pensyaratan 3 batu nautika sementara akta 144 petroleum tidak dinyatakan syarat ituuntuk berikan royalty,” tegasnya.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) pula menyifatkan Najib sebagai pengecut kerana tidak berani mengambil tindakan yang betentangan dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menarik kembali royalti minyak yang diberikan kepada rakyat Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu.
“Saya melihat Datuk Seri NAjib begitu kerdil dan takut untuk mengambil tindakan yang sama dengan bekas perdana menteri dahulu, Tun Mahathir,”
“Tun Mahathir pernah tarik balik riyalti minyak Terengganu apabila PAS perintah negeri itu. Jadi tindakan yang sama dibuat apabila telaga minyak dan gas ditemui di Kelantan,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Menurut beliau juga, PAS akan mendapatkan bantuan daripada pakar undang-undang untuk mengambil tindakan kepada kerajaan persekutuan yang telah menafikan hak rakyat Kelantan.
“Kami akan bincang dalam parti untuk memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan untuk dengan bantuan penasihat undang-undang untuk ambil tindakan perundangan sepertimana kerejaan Terengganu di bawah pimpinan PAS satu masa dahulu menyaman kerajaan pusat yang telah menafikan hak kerajaan negeri,” katanya.
Khalid Samad (PAS � Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
“Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat,”
“Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan,” tegasnya.
Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS �Rantau Panjang) dalam pada itu meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat kenapa royalty yang telah sekian lama dituntut digantikan dengan pemberian wang ehsan.
Beliau turut mempersoal di bawah akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi.
“Kami mminta kerajaan jelaskan kenapa rakyat kelantan harus diberikan wang ehsan sedangkan mereka menuntut royalti minyak dikembalikan,”
“Dan kadar wang ehsan itu dikira berdasarkan akta mana?” Soalnya._ hrkh
Posted by fatahensem at 2:41 AM 0 comments
Labels: al-akhbar al-mahalliah
Wednesday, November 25, 2009
Tarbiyyah ?
assalamualaikum w.r.b.t
bismillahirrahmaanirrahim...
innama bu`ithtu li utammima makarimal akhlak...
inna arsalnaaka rohmatan lil a`lamiin..
Apa itu tarbiyyah?...
dulu masa aku dibangku sekolah...ustaz dan ustazah sering menyebut tentangnya...dan sungguh pada umur sebegitu lansung aku tidak tahu apa2...
pelbagai program disusun semata2 membentuk diri para da`i dan duat sewaktu masih kecil lagi rohani dan jasmani...
tarbiyyah mengajarkan aku tentang akhlak,tentang asal usul diri,tentang pencipta tentang segala2nya...
malah ia mengajarkan aku tentang erti ukhuwwah diantara rakan2 seperjuagan...dan lebih diluas lebarkan lagi bila ada mukhayyam atau lain2 program tarbawi di peringkat negeri,disitulah aku mengenal2 geng2 yang sama fikrahnya disekolah2 yang termasuk dengan rangkaian sekolah2ku...dan aku amat bersyukur kerana mempunyai kedua ibu bapa yang concern mengenai tarbiyyah anak2nya...selayaknya syurgalah tempat kembali kalian..amin ya rabb..
sebenarnya tarbiyyah difahami sedalamnya bila aku sudah meningkat dewasa...
tarbiyyah adalah ibu bapa
tarbiyyah adalah Ketuhanan
tarbiyyah adalah erti cinta
tarbiyyah adalah hidup
tarbiyyah adalah pelindung
tarbiyyah adalah segala2...
aku yakin dan berharap agar setiap langkahku,berdasarkan tarbiyyah dan ia perlu didevelope selari dengan umurku....
tarbiyyah menahan diriku dari perlakuan orang kebanyakan,mengajar erti kesabaran mengajar erti thiqah,tahhiyyah,thabat,ithar dan sebagaimana...sehingga mengajarkan ku erti khilafah hinggalah Ustaziatul Alam...
pandagan juga berbeza,sikap bertukar qana`ah,bertukar dan hampir kepada perlakuan para sahabat Rasullah ,walau aku tahu...sukar jika 100 peratus persis bagaikan mereka,namun seharusnya aku sebagai seorang yang ditarbiyyah akan sedaya upaya meniru sifat2 mahmudah para solihin....
Ya Allah...semoga mereka yang telah mentarbiyyah aku,akan mendapat syurgaMu dan aku berdoa akan ramai lagi mereka yang berada didalam kegelapan dikeluarkan kepada cahayaMu (tarbiyyah)...
berikan kami kekuatan ya Allah dan jadikan aku dan orang2 bersamaku tergolong diantara mereka yang mencintaiMu dan jadikan kami pejuang2 dan para du`atMu amin ya Zaljalaliwal ikram...
(dedikasi kepada semua du`at)
Posted by fatahensem at 10:53 PM 0 comments
Labels: tazkirah
Tuesday, November 24, 2009
tadhhiyyah-sacrifice-korban

selesai solat zohor,
liqa` dimulakan...
3 org adikpasumku mengelilingi abgnya :)
disebabkan masa yang agak singkat,ada yang nk balik kampung dan ada yang nk smbung kelas...
maka tazkirah sajalah jalan terbaik untuk memecah rindu antara kalian...
harini ana nk tazkirah mengenai pengorbanan,dan x berapa lama lagi kita akan menyambut hari Raya Aidil Adha...
ana nk tnya apa yang paling penting / intipati yang kita dapat daripada hari raya aidil adha...? dengan selamba menyampuk "kerjasama"...ermm tu pun betul....tp apa yang paling penting adalah kita melihat kembali pengorbanan yang dimainkan oleh keluarga Nabi Allah Ibrahim ...itu sendiri...
beberapa pengorbanan yang dapat kita ambil dari sirah Nabi Ibrahim...
dan pengorbanan itu bermula disekitar zaujahnya siti sarah yang sanggup bermadu dengan Siti Hajar...
pengorbanan yang kedua...pengorbanan yang ditunjukkan oleh zaujahnya Siti Hajar yang sanggup berpisah bersama anaknya yang kecil Nabi Ismail...ke suatu tempat yang gersang ,tiada berpenghuni,tiada pohon2an dan terpencil di mata manusia...namun atas perintah Allah S.w.t...mereka sanggup berkorban....berkejaran 7 kali Di bukit Safa dan Marwah...inilah pengorbanan agung seorang wanita,zaujah,seorang ibu kepada anaknya...
yang ketiga pengorabanan seorang ayah kepada anaknya dan pengorbanan anak kepada ayahnya dan pengorbanan dan ketaatan hamba kepada Tuhannya...
Nabi Ibrahim mendapat wahyu melalui mimpinya agar di sembelih anak kesayangannya Nabi Ismail dan Nabi Ismail merelakan ,kerana itu adalah suruhan Allah yang maha Esa!...sungguh tinggi pengorbanan kedua2 hambanya ini dalam melaksanakan ketaatan kepada Rabbnya..
Namun begitu dalam melaksanakan pengorbanan ... mesti ada yang iri hati dan menghalang...tidak lain tidak bukan..syaitanirrajim...
dan sehingga hari ini simbol penolak kebenanaran dan kejahatan di abadikan dengan
terlaksananya 3 jumrah...
........
dan skrang ana nk masuk bab aplikasi ibadah di hari raya korban pula...
hari raya aidilfitri dan hari raya korban ,solat sunatnya bermula pada sekitar pukul berapa....-semua konpius...haha tergelak naqibnya...
ok la...satu kena cepat sebab nk sembelih binatang korban satu lagi x perlu sebab x de agenda yang besar selepas itu...
...
sesunnguhnya agama ISlamlah agama yang menitik beratkan kebajikan ummat keseluruhannya...
lantas naqib bertanya kepada anak usrahnya...enta x makan daging dalam masa setahun x pe kan?...n then dia cakap mana bleh....yang lain cakap bleh...
yes bleh sebenarnya....sebab kita da mmg dikalangan golongan berada..n kadar protein yang kita consume hari2 sebenarnya da cukup dan kadang2 terlebih berbanding di tempat2 saudara2 kita ang memerlukan....contohnya kemboja,palestin,filipina,indonesia,dan sebagainya...dan hari raya korbanlah merupakan rahmat kepada mereka..kerana seluruh dunia memberi sedekah daging korban kepada mereka baik dari bentuk segar n dalam tin....
jadi Islam mengutamakan kebajikan....
....
ok skang kita masuk bab solat plak...
camner solat raya?
erm...mula2 angkat takbir..terkekek2 naqibnya skali lagi...pastu?
5 angkat kali takbir n rakaat 2 7....
haha...ketawa lagi...7 5 ker 5 7...ana nk kasi antum konpius...
erm2... semua da lupa ye?...ok la 7 5
mula2 doa iftitah 7 takbir dan alfatihah pastu...sama juga di rakaat 2
........
ok lembu bape bhagian?....erm 8....7....erm 7...
haha gelak lagi....
7 je la....n pastu kalo kambing bape bahagian?
erm 4 ...erm 5...2
haha gelak lagi...
1 je la ....
ok la ...`ala kulli hal....adaptasikan ibadah korban dan sirah Nabi Ibrahim dalam diri antum n ana juga...
sebenarnya Tadhhiyyah atau pengorbanan ini terangkum dalam Usul I`syrin dan terletak didalam usul yang pertama dalam usul Faham...dan didalam faham itulah terletaknya Rukun Bai`ah yang mana salah satu komponen didalamnya adalah Tadhhiyyah....
dan laksanakan pada bidang kita sebagai stdent yang perlu pengorbanan yang besar.... dan lebih2 lagi sebagai seorang da`i dan pejuang di jalanNya...
wallahu`alam...salam semut...dan tasbih kafarah...dismiss
1300-1407 ...12th
Posted by fatahensem at 10:49 PM 0 comments
Labels: tazkirah
Saturday, November 14, 2009
tarbiyah kita tarbiyah suffiyah

Harapan Pada-Mu Subur Kembali
Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com
Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat
Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini
Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu
|
Posted by fatahensem at 2:29 AM 0 comments
Labels: tazkirah