CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label al-akhbar al-mahalliah. Show all posts
Showing posts with label al-akhbar al-mahalliah. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

aku seorang guru...




alhamdulillah atas nikmat2mu Ya Allah... segala perkara yang berjalan menurut ketentuan Mu...


harini ... aku diberi peluang oleh Allah menjadi seorang guru...sem lepas dan sem ni bnyak mengajarkan aku tentang erti keikhlasan , kesabaran , pengurusan dan persediaan.

aku memilih untuk menjadi guru English...x taw nape minat english...mungkin sebab ummiku juga seorang guru english...

sem lepas aku ajar budak spm, hurm...standard la...sebab kita pun student UM jer...bukan cikgu betul...first time masuk kelas...ada yang respect ada yang x respect...mungkin cakap campur2...english,malay,malay, english...

ada pelajar yg memang pelik , tengah2 dok mengajar...dia cakap "argh boring gile"...aku x layan...lek jer...biasalah SPM....masih hingusan...

jadi buat strategi...kali kedua datang...sepatah haram , melayu x kuar dari mulut....semua nganga...hah...padan muka ko...yg cakap boring haritu da x cakap pape da..mula respect kat kita...

tapi aku sedih...sedih bangat...sebab...setahu aku negeri yang aku diami sekarang adalah negeri yang maju dari segi facilitiesnya..hematku...namun kenapa...budak2 ni x sama dengan kawan2ku n budak2...yang asal dari negeriku yang diwar2kan mundur, xmaju, teruk .....Memang langit dan bumi bezanya dari segi kepintaran ,segenap subjek juga segala aspek..!!

apa masalah dorg sebenarnya???...kalau nak banding...sekolah kat negeri aku tu...da la x canggih...kadang x cukup alat mengajar...alatan makmal pun kurang,cikgu pun x berpengalaman,kadang2 x de cikgu...tapi ramai jer kawan2 ke mesir, UK, jepun, Australia,...x dilupakan UM..hehe

aku x cakap semua camtu...dalam banyak2 tu...adalah juga yg mmg ok...

tp kalau ditanya soal cita2...blur..x taw ... nk g U ker tak?...blur...hurm...beza betul...dengan kawan2 yang dok kampung...nak g mana pasni?...mesir medic!...mung pulok nak g mano pahni?...ore buleh UM...hehe...(bangga nenek aku)....

tp pelik..pelajar yang aku ajar...rata2nya blur...tanya rsult...dapat playar ...

dalam hati ...ko ni nak belajar ke taknak...sedih dalam hati...pastu cakap cina tekan org melayu....apa x nya...cina rajin, ko malas..patutla..padan muka ko.....hai nasib bangsaku...x paham...

x pe lah aku da ajar , harapnya Allah terima amalku...kalau aku x betul harap Allah betulkan kesilapan ku dan betulkan niat ku ...memang aku lemah Ya Allah...

...........................................................................
aku mula memikirkan tentang sosioekonomi di tempat tinggalku....
hurm pike pastu pike lagi...naik moto tengok masyarakat sekeliling balik UM g UM g masjid g kedai... (menganalisis dan observasi )

..........................................................................

suatu hari..

keluar rumah pukul 4 pagi...sebab da janji ngn bakal2 rijal masa depan kat 12th..nak qiam....

sambil naik kuda merah...mata melilau tengok neon...sambil menggigil..sejuk di pagi hari...ingat kan aku jer yang nak g qiam ....tengok2 ada lagi 2 3 group...nek kuda nak g qiam...

pelik memang pelik....x paham memang x paham...awexs2..nek moto ngn balaxs2 pukul 4 pagi...dalam hati "Ya Allah mana la bapak korg...hai nak je lempang semua"...(aku plak emo..bapak dorg x pun..haha memang cam haram)...erm patutla...banyak buang anak skang...betul gak kata pepatah: x kan berbunyi kalo bertepuk sebelah tngn....nak sampai UM...2 3 grup kot...ya Allah apela nak jadi dengan anak bangsaku..mmg x paham...

hai kesian...da la dunia x dapat..akhirat pun rugi....

...................................................................................

hari2 dok analisis buat kajian...bincang ngn ahli bayt..nape masyarakat sekitar camtu...dan aku dapat jawapannya .....

betul la manusia akan mengenal haq dan batil bila ada ILMU...sebab tu nama blog ni , ILMAN NAFIAA..(hehe ada kaitan ker)...dalam hadith...man aradaddunya..fa`alaihi bil ilmi, wa man araadal aakhirah fa`alaihi bil ilmi..betulkan? kan2??...

so nape masyarakat kita jadi camni..sebab kurangnya ilmu..senang citer jahil...kalo ibu bapa x de ilmu, reti buat anak je lah...kalo student malas belajar...hurm ntah...


sebab tu la x pelik..bila ilmu agama dan dunia x digarap..mmg sakit masyarakat...camne anak nak g surau kalo bapak main dam haji...camne anak nak pakai tudung kalo maknya rambut blonde...

...............

huih~ berat memang berat...nak lakukan pengislahan...

.......................................

tapi sem ni aku ajar budak2 upsr...pening tapi best...dorg hormat cikgu...

assalamualaikum..everyone..ok2 you may sit...

ok lets begin with recite surah alfatihah...punyalah lama baca alfatihah..

hehe yang ni pun speaking abes...."cikgu2...cikgu org puteh ker?" ....sebab x kuar melayu pun ..hehe tergelak sorg2...mana plak putehnya aku..hitam manis ada la... teringat peristiwa masa kecil (ye mmg lahir kat US kot..tp ummi aku cakap ni black american...gelak kawan2 dia..ok fine ummi :P ...)

tp x pe lah ummi aku, tempat tacing2, ngadu masalah...kalo blur time ngajar..tepon dia..."ummi camne ek past participle"...dia pun jawab.."camni...bla2"....


dalam kelas dorang muka semua suci...harapan aku...agar x jadi cam abang2 dorg yang aku citer kat atas...

belajar pun rajin...tnya cita2.."Ok...tell me your ambition??"....."i want to be a doctor",...proudly..., then i said..."good2..very good..you r good girl"...

rupanya2..budak2 ni..mmg suka kena puji...laki pmpn sama...bila da kena..blushing abes...hehe...

buat bising pun aku x marah...erm...aku pun penah jadi budak...aku x suka kena marah so buat apa marah...biasalah kalo bising..bergurau....kalo da agak excited sangat...aku pun panggil la nama dorg....cam bapak yang x garang panggil anak..hehe...

dorg pun duduk diam balik....

itu la kisahnya..aku seorang guru...

......................................................................

aku harap manusia2 yang aku ajar ini menjadi para dua`t Mu ya Allah...

semoga Malaysia akan menjadi bebas dari segala jenis kefasadan di masa hadapan..bangunkanlah negara ini dengan petunjukMu ya Rabb...

ameen ya rabbal alamin...

Wednesday, January 6, 2010

Ya Allah binasakanlah golongan yang mencabarMu...

Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Abu Bakar Bin Yang, Fellow di IKIM

06/02/2009 | Utusan Malaysia Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.

Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka?
Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.

Walau bagaimanapun, bagi menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi orang Islam dan juga bukan Islam, mudah untuk difahami dan diberitahu bahawa bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab. Dan apakah pula bahasa yang digunakan untuk kitab Injil (Bible) dan kitab Taurat? Bagi mereka yang mengkaji sejarah, secara jujur mereka akan katakan
bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek. Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu gawat yang sedang berlaku ini.

Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew dalam kitab Taurat dan makna perkataan Tuhan dalam bahasa Greek untuk kitab Injil (Bible).? Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak timbul. Ini adalah kerana perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut :Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?")

Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku tamadun besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.

Jika diteliti kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan. Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Bahasa Arab.

Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Dan di dalam terjemahan Bible Melayu pula mereka menamakannya sebagai Kitab Berita Baik. Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible bahasa Arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syria, dan beberapa negara lain yang muncul
sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. menerima dan meyakini faham Keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini.

Maka dengan itu hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity. Selain daripada hujah tersebut terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada terjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan pula adalah terjemahan dari kalimah Lord.

Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible itu sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian? Sekiranya kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus sedangkan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam Syurga, maka perlulah difahami dengan jelas di sini bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:

Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa".

Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah ianya merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Dan hal ini sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan bahawa kalimah
Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Jesus.

Sekiranya penghujahan ingin diteruskan lagi dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Jesus dan kalimah Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang sering dirujuk di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut:

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu".

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan yang terdapat di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun juga merujuk kepada Allah. Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut:

Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu." Dalam kata lain Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah. Maka jelaslah di sini bahawa kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian
kepada semua pihak.

Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara.

Sumber Dipetik : www.ikim.gov.my

Tuesday, December 8, 2009

My love anthem!

Thursday, December 3, 2009

sambal jate




bismillahirrahmanirrahim
wallahu`alam ambo pun x tahu bakpo nama sambal tu lagutu...
tp sedap insyallah...x nawok sikit pun...


cara2 nk buat sambal jate...

bahan2...

bahan A
segenggam udang kering yang digaringkan atas kuali tanpa minyak.

2 sudu makan cuka

8 sudu makan gula

1 camca garam

segenggam cili padi

secubit ajinomoto


Bahan B

5 biji asam limau nipis


langkah2nya

blend bahan A semua hingga lumat...

perahkan asamlimau nipis (bahan B) kedalam lumatan bahan A...

sedia untuk dihidang...

p/s:berkadaran mengikut kepada kuantiti sambal yang ingin dibuat...

ayah ambo royak...rahsia sambal sedap adalah rasa manisnya... :)

sedap dimakan dengan apa jua jenis masakan...lebih sedap dimakan bersama nasi panas...


-hasil pengamatan ambo nasi bungkus ayam berempah (saim ayoh) yang terkenal di KB...

Wednesday, December 2, 2009

minyak dan doa




http://kini2u.com/v1/2009/11/najib-seleweng-fakta-hak-royalti-minyak-kelantan/

Najib seleweng fakta hak royalti minyak Kelantan

Ahli Parlimen PAS kesal dengan penyelewengan fakta yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan rakyat berhubung pembayaran royalti petroleum kepada rakyat Kelantan.

Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.

Salahuddin Ayub (PAS – Kubang Kerian ) berkata, pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan.

“PAS kesal dan dukacita dengan jawapan perdana menteri tadi tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.

Beliau juga berkata, rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.

“Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Mereka memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi,” tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau di dewan rakyat pagi tadi meminta Najib menyatakan bilakah tuntutan royalti kerajaan kelantan akan dilangsaikan petronas.

Najib dalam jawapannya berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan.

Najib juga berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.

Dr. Dzulkifly Ahmad (PAS � Kuala Selangor) pula mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Najib yang juga menteri kewangan kerana menyelewengkan fakta dengan mensyaratkan kedudukan telaga minyak mesti tiga batu nautika dari darat untuk mendapat royalti sedangkan dalam akta petroleum tidak disebutkan syarat itu.

“Jelas perdana menteri tadi melakukan penyelewengan fakta dengan menyebut tentang pensyaratan 3 batu nautika sementara akta 144 petroleum tidak dinyatakan syarat ituuntuk berikan royalty,” tegasnya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) pula menyifatkan Najib sebagai pengecut kerana tidak berani mengambil tindakan yang betentangan dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menarik kembali royalti minyak yang diberikan kepada rakyat Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu.

“Saya melihat Datuk Seri NAjib begitu kerdil dan takut untuk mengambil tindakan yang sama dengan bekas perdana menteri dahulu, Tun Mahathir,”

“Tun Mahathir pernah tarik balik riyalti minyak Terengganu apabila PAS perintah negeri itu. Jadi tindakan yang sama dibuat apabila telaga minyak dan gas ditemui di Kelantan,” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurut beliau juga, PAS akan mendapatkan bantuan daripada pakar undang-undang untuk mengambil tindakan kepada kerajaan persekutuan yang telah menafikan hak rakyat Kelantan.

“Kami akan bincang dalam parti untuk memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan untuk dengan bantuan penasihat undang-undang untuk ambil tindakan perundangan sepertimana kerejaan Terengganu di bawah pimpinan PAS satu masa dahulu menyaman kerajaan pusat yang telah menafikan hak kerajaan negeri,” katanya.

Khalid Samad (PAS � Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

“Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat,”

“Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan,” tegasnya.

Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS �Rantau Panjang) dalam pada itu meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat kenapa royalty yang telah sekian lama dituntut digantikan dengan pemberian wang ehsan.

Beliau turut mempersoal di bawah akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi.

“Kami mminta kerajaan jelaskan kenapa rakyat kelantan harus diberikan wang ehsan sedangkan mereka menuntut royalti minyak dikembalikan,”

“Dan kadar wang ehsan itu dikira berdasarkan akta mana?” Soalnya._ hrkh

Saturday, August 1, 2009

Mansuh...ISA !!!

20,000 sertai demo anti-ISA
Ogos 1, 09 11:05am

Laporan: Andrew Ong, Jimadie Shah Othman, Rahmah Ghazali, Abdul Rahim Sabri, Wong Teck Chi, Lee Way Loon, P Tarani, K Pragalath, Emily Chow


Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap.

Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara sejak awal pagi ini.

Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, wakil kumpulan pro-ISA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, dapat menyerahkan memorandum mereka kepada pengawal Istana Negara.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dipercayai hampir 200 orang ditahan.

Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibu kota.

Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya.

Sehingga lewat petang ini, pihak polis masih lagi berada di sekitar SOGO dan melepaskan tembakan meriam air apabila ternampak kumpulan penyokong anti-ISA.

Berikut adalah rentetan peristiwa perkembangan hari ini:

7.50pm Angkatan Muda PKR mengecam tindakan polis mengganasi dan menangkap rakyat yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta ISA.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan tersebut adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya mereka yang ditahan hari ini dibebaskan segera

Shamsul adalah antara 11 tokoh Pakatan Rakyat yang dicari polis bagi membantu siasatan terhadap penganjuran perhimpunan anti-ISA hari ini.

7.32pm Polis dilaporkan ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman dipetik berkata siasatan itu kerana mereka hadir dan berucap di depan ibu pejabat PAS sebelum demonstrasi besar itu bersurai.

7.20pm Seramai 438 orang ditahan dalam perhimpunan anti-ISA mulai tengah hari hingga 6 petang, termasuk 37 wanita dan 38 kanak-kanak.

4.50pm
Pasukan polis berkenaan beredar dari situ.

4.45pm Kira-kira 20 anggota polis berada di depan ibupejabat PAS di Jalan Laut. Bagaimanapun mereka tidak dapat masuk kerana pihak PAS enggan membuka pintu. Kelihatan tiga trak FRU dekat situ.

4.20pm: Media melaporkan antara 10,000 hingga 15,000 penentang ISA berkumpul semula sekitar kompleks membeli-belah Sogo - mereka kemudian ditembak gas pemedih mata dan meriam air.

Mereka mula melaungkan slogan-slogan anti-kerajaan dan membantah akta itu sejak kira-kira 4 petang.

4.02pm Polis melepaskan dua tembakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah penyokong anti-ISA di hadapan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ketika mereka sedang bersurai.

3.45pm Kira-kira 5,000 penentang akta ISA yang berkumpul di atas jalan di depan ibu pejabat PAS diminta bersurai selepas mendengar ucapan pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat berada di dalam bangunan ibu pejabat PAS sekarang - dijangka akan mengadakan sidang media.
3.38pm Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank di Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada meneruskan perjalanan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum.

3.35pm Kira-kira 5,000 berhimpun di depan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut. Mereka duduk di atas jalan, dipercayai untuk menghalang kenderaan polis ke situ. Mereka turut melaungkan 'Mansuhkan ISA'.

3.30pm Ratusan orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibupejabat PAS. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ikut sama.

3.29pm: Manakala dua penyokong anti-ISA dapat melepasi kawalan polis untuk sampai ke Istana Negara tetapi kemudiannya ditahan polis

3.25pm Tinggal 100 orang kelihatan berlegar di kawasan masjid negara. Juga kelihatan beberapa anggota polis sahaja di situ. Sebelum ini polis melepaskan tembakan meriam air.

3.20pm Sebelum itu, stesen LRT Bandaraya dekat Sogo telah ditutup. Turut ditutup ialah stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni.

3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo.

3pm Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.53pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di kompleks Pertama, depan Sogo.

2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".

2.50pm Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

2.42pm
Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.

2
.41pm Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.

2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.

2.37pm
Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.

2.33pm Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pemimpin GMI menyampaikan ucapan dan membacakan deklarasi rakyat mendesak ISA dimansuhkan. Pemimpin PKR Tian Chua dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kelihatan di sini.

2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.

2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.

2.10pm Pewaris membatalkan perarakan ke Istana Negara tetapi tetap berkumpul di Pasar Seni. Mereka akan menghantar memorandum ke istana menggunakan kenderaan.

2.10pm Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.

2.01pm Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju (foto kiri). Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka.

1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur.

1.46pm: Kira-kira 1,000 berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman juga kelihatan di situ.

Sekurang-kurangnya 25 orang ditahan.

1.46pm:
Ketua Pemuda PKR Batu, Rozan Azen Mat Rasip ditahan polis dekat Sogo.

1.45pm:
Dua gadis, yang berpakaian agak menjolok mata, masuk ke perkarangan ke Istana Negara kira-kira 1.30 petang - dan terus mencuri tumpuan media dan polis yang bertugas.

1.34pm:
Setengah jam menjelang saat-saat perarakan ke Istana Negara, sekurang-kurangnya 10 ditahan di Nasjid Negara.

1.33pm: Menurut polis Kuala Lumpur, empat buah bas yang dipercayai membawa penyokong untuk menghadiri perhimpunan isu ISA ditahan engah hari ini, lapor laman web Utusan Malaysia.

Kesemua bas sewa khas itu dipercayai datang dari Terengganu.

1.26pm:
Dua lelaki, dalam lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan kerana membawa lambang anti-ISA. Polis juga mengadakan pemeriksaan rambang terhadap mereka yang memasuki masjid.

Lelaki tua itu, yang membawa baju mansuhkan ISA, menangis sewaktu ditahan. Azan solat Zohor berkumandang.

1.25pm:
Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara - sekarang mereka kini berjumlah kira-kira 500 orang.

1.20pm Lapan lelaki ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo.

1.15pm Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 sudah ditahan dalam percubaan terlibat dalam demonstrasi besar anti-ISA ke Istana Negara.

1.05pm:
Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara sejak sejam lalu - mereka bergerak perlahan-lahan dari stesen lama keretapi. Kira-kira 200 orang kini berada di dalam dan luar masjid.

12.50pm:
Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) depan Sogo menuju ke Dataran Merdeka sejauh kira-kira 1.8 km ditutup.

12.47 pm: Masjid Jamek ditutup kepada orang ramai. Hanya anggota polis boleh masuk.

12.40pm: Menurut seorang saksi, tidak ramai orang di Padang Merbok, salah satu tempat perhimpunan bagi kumpulan pro-ISA. Tiga trak polis kelihatan di situ, Menurut seorang pegawai cawangan khas, kumpulan pro-ISA mungkin hanya berkumpul di Pasar Seni.

12.37pm: Polis juta menguna unit anjing di Dataran Merdeka. Sekurang-kurangnya dua anjing polis dilihat di situ.

12.35pm: Seorang peguam, Puspawati Rosman, dari Pusat Bantuan Guaman ditahan di luar pusat tersebut di Jalan Jalan Tun Perak, dekat Masjid Jamek.

Dipercaya Puspawati (kiri) ditahan kerana mengedar risalah mennjelaskan hak mereka yang ditahan.

12.31pm Kira-kira 20 penyokong anti-ISA masuk ke dalam Masjid Negara.

12.30pm Kira-kira 10 orang termasuk dua wanita, ditahan di kawasan Masjid India.

12.27pm Jumlah tangkapan di sekitar kompleks membeli belah SOGO ialah 17 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 67 orang.

12.20pm dua lagi itangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 16 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 66 orang.

12.15pm Tiga lagi ditangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 14 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 64 orang.

12.10pm Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni kini meningkatkan kepada 14 orang. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 64 orang.

12.05pm Empat lagi ditahan di Sogo - menjadikan 11 orang ditahan setakat ini di perkarangan kompleks membeli belah itu. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 58 orang.

11.50am Tujuh lagi penyokong perhimpunan ISA ditahan di perkarangan kompleks membeli belah SOGO - menjadi 58 orang ditahan setakat ini.

11.45am Seorang lagi ditahan di Pasar Seni, menjadi jumlah mereka yang ditahan setakat ini meningkatkan 51 orang. Kira-kira 100 orang penyokong anti-ISA kelihatan berkumpul di stesen KTM berhampiran Masjid Negara.

11.40am Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni meningkat kepada lapan orang, manakala enam lagi ditahan di kawasan Masjid Jamek.

Pagi tadi polis menahan 36 orang - 14 anggota Unit Amal PAS dan 22 lagi di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni.

Menurut Suaram, 14 14 anggota Unit Amal PAS itu - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan. ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika tiba di stesen KL Sentral.

Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.

Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.

Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini.

Monday, May 25, 2009

GRUM dan Karnival Harmoni 09


assalamualaikum w.r.b.t.

segala puji2an hanya pada yang esa Tuhan sekelian Alam..selawat dan salam kepada Sang murobbi agung...sahabat2 seperjuangan baginda seterusnya seluruh pejuang2Nya.

Sebenarnya 2 prog yg telah saya sertai diatas cukup2 memberikan kesan didalam diri saya sendiri.

1.Saya mestilah mencari jalan menambahkan lagi ilmu dan skill di dalam berdakwah pada masyarakat muslim or non muslim.

2.Jemaah telah membuka masyarakat dan memperkenalkan Islam yang bersifat sebetulnya,harmoni dan membuka tangan yang luas bagi mereka yang mahu menerima...

Daripada survey yang telah dijalankan menunjukkan non-muslim di negara tercinta ini memberikan kata2 positif mengenai Islam.


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak penganjur GRUM dan Karnival kerana telah berjaya melakasanakan tugas yang berat ini.

GRUM mengajar erti kepemimpinan dan dakwah.Manakala Karnival membuka mata saya menilai pendekatan dakwah di negara ini.

Sya yakin dan percaya momentum yang ada sekaran mampu menyuburkan lagi dakwah islamiah di Malaysia ,insyallah.

sekian,wassalam.

Bersama Islam Membina Masyarakat.

Tuesday, May 12, 2009

cun!

http://www.akademimuslim.com/

nasi goreng fatah


ni nasi goreng ...warisan ibunda

mmg sedap...

x tipu...

Bahan A
Nasi yang sudoh ditanok....x sey panas2 biar sejuk dulu...

Bahan2 B
3 ulah bawe meroh
2 ulah bawe putih
segengge ike bilih
lada cengek (cili padi)
minyak masok
[b]
Bahan2 C
2 buter Telor
gare,gulo,& ajinomoto (secukup2 raso)


Cara2
1.Hancurkan/leraikan nasi dari rice cooker ,jgn biarkan berketul2.

2.Blendkan semua bahan2 B.

2.panaskan minyak masak 5 sudu makan...(berkadaran dengan kuantiti nasi)

3.Bila sudah cukup panas(jgn biarkan kuali anda berasap!) ...masukkan Bahan2 B yg telah diblend tadi.

4.Agak2 da garing (jgn biarkan hangit,petua-kacau perlahan3 api jgn kuat) masukkan telur...biarkan seketika barulah kacau ....

5.Masukkan Nasi dan gaullah bersama2,selama 3 min.

6.Siap sudah...jemput la makan jgn malu2...

wslm

Tuesday, April 14, 2009

--kemaafan dipinta--

assalamualaikum sahabat perjuangan sekalian....
sempena xm ni yang akan menjelma x lama lagi, sy minta maaf minta ampun ,atas silap salah ,kata mengata, kutuk mengutuk,umpat mengumpat,dan macam2 lagi ketelanjuran yg telah sy lakukan kpd kalian selama ini,halalkan makan minum,dan paling penting doakan kejayaan sy dalam final xm ni,juga dunia dan akhirat. wslm

Saturday, April 11, 2009

Mari Jaulah k Klate...sambunge..

welcome to my lovely home... Bachok....hu~
Pata comey...pasir putih berseri...jauh dari keserabutan KL...huhu..
fi zilalil syajaratun Ru...
damainya kampungku...
jom... mandi pata...

Mari Jaulah k Klate...

sapa doh Kota Bharu...lamo kawe x kelik...
ni istana lamo ni...
nok make nasi ule..budu..sini la..
bank ni...empat sipe pitih
masjid ni kawe suko...klasik dan tok ime baco sedak...

Sunday, April 5, 2009

JIM-Baytul Muslim

Baytul Muslim JIM
LATAR BELAKANG

JIM memandang dengan serious dan menyakini usaha yang bersungguh-sungguh amat perlu dilaksanakan dalam usaha membina baitul muslim/keluarga duat sebagai pemankin percapaian matlamat JIM melaksanakan syariat Islam di Malaysia khusus nya dan di dunia am nya. Penekanan JIM adalah penubuhan unit Bait Muslim melaksanakan amanah dan tanggongjawab berikut:

(1) Ibu Tunggal dan Wanita Bujang

Ibu tunggal dan wanita bujang adalah merupakan asset yang penting bagi wanita JIM khususnya dan JIM keseluruhannya. Kebajikan mereka dan perkembangan emosi mereka perlu diambil perhatian oleh semua supaya masa depan mereka akan lebih terjamin dan kehidupan mereka akan lebih terurus. Dan yang terbaik JIM berusaha dan berkemampuan menyatukan ibu tunggal dan wanita bujang ahli JIM ini dengan ikhwah-ikhwah JIM dalam ikatan perkahwinan dan keluargakeluarga duat ini akan terus hidup di jalan dawaah. Pembinaan baitul muslim/keluarga duat sebagai asas pembinaan masyarakat syariat compliant dalam membina negara yang melaksanakan syariat Islam.

(2) Anak-Anak Remaja

Di kalangan anak-anak remaja yang insaf pula, ramai yang memahami bahwa pergaulan bebas membawa banyak kemudaratan terhadap prestasi akhlak dan pendidikan mereka. Mereka juga melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat berpunca dari pergaulan bebas tanpa batasan. Oleh itu mereka amat berhati hati dalam ‘social circle’. Mereka tidak mempunyai pergaulan yang luas dan bebas dikalangan mereka yang berlainan jantina. Kehidupan mereka dibatas dengan kehendak syariat maka mempunyai teman lelaki atau teman wanita tiada dalam kamus kehidupan mereka. JIM semesti lah bertanggong jawab dengan penuh ketelusan dan keikhlasan memainkan peranan sebagai pemudah cara mencari dan memilih jodoh-jodoh yang sesuai untuk mereka demi membina rumahtangga muslim yang saleh dan musleh. Bakal melahirkan jenerasi pelapis yang bertangungjawab kepada agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara pelaksan syariat Islam.

(3) Hasrat Ibu Bapa

Ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mencarikan jodoh untuk anak apabila telah samapai masanya. Mereka yang ingin dan mengharapkan kerehdaan Allah azzawajalla tentu saja memilih tatacara yang telah ditentukan Islam dalam penjarian jodoh anak-anak mereka. Mereka meletakan harapan kepada Bait Muslim sebagai venue perlaksana tugasan tersebut.

BIDANG TUGAS

Unit Bait Muslim JIM bertanggungjawab membina baitul muslim di kalangan ahli-ahli JIM dan rakan-rakan JIM dengan melaksanakan bidang tugas berikut.

1. Memaklumkan kepada ahli-ahli JIM akan kewujudan unit Bait Muslim yang berperanan besar sebagai pemudahcara, tempat rujukan, nasihat, sokongan padu dan menyediakan prasarana membina baitul muslim.
2. Menyediakan pangkalan data terkini biodata mereka yang berhasrat mendirikan bait muslim.
3. Membantu dalam proses pertunangan dan walimatul urus (jika perlu).
4. Meraikan majlis penikahan dan mendoakan jodoh yang berpanjangan bagi mereka yang telah disatukan.
5. Menjadi penghubung kepada Panel Perunding Keluarga JIM.

Sumber bulat-bulat: Baytul Muslim JIM

Disclaimer: Ini tidak ada kaitan dengan penulis, penulis melihat bahawa ada keperluan untuk mewar-warkan sistem yang bagus ini. Jadi ini hanya dipost atas inisiatif tersebut.
Posted by Mashizaki Keikan at 12:00 AM
Labels: Da'wah, Isu semasa, Pengumuman

Saturday, January 10, 2009

Movie Budak Kelantan , apa yang specialnya???








askum kepada pengunjung semua...khususnya kepada ikhwah dan akhwat...

ana nk kongsikan tentang satu filem yang ada gak kontrovesinya.Pertama skali ana bkn nk bangga (sbb ambo budok klate??) dengan citer ni atau menafikan perkara2 yang berlaku dalam filem ni, filem ni banyak pengajarannya yang boleh diambil.

Inilah realiti dewasa ini, terdapat 2 karekter dalam filem ni Buchek dan Jahar , satu baik satu jahat...

diceritakan mengenai perjalanan hidup yang jauh berbeza...satu yang sentiasa dekat dengan Allah satu lagi teramat jauh..

namun begitu,terdapat sinar di hati si penjahat..

apa yg penting ambil ibrahdari citer ni selami hati mad`u diluar sana..mereka mencari sinar itu..
maka Allah meberikan sinar itu di tangan kita..

ana nk ulas panjang2 pun x best jadi tengok r citer ni..ganas!!! tapi ada tazkirah celah2nya...

try tengok...wslm



Sinopsis dari http://jiboneus.com/2008/11/09/budak-kelantan/


“Kehidupe jaoh bezo…”

Tagline hok nih pung buat Budiey raso nok gi tengok filem ni untuk kali keduo. Meme tok puah. Raso mace jolo koh oghe Kelate nih jahat mace dalam filem nih. Jange cayo sangat sebab meme ceghito nih hanya ceghito semato-mato. Tapi Budiey dok segho… meme ado oghe Kelate kito hok jadi samseng kat KL.

Tulah, mace ceghito nih, mencalarkan imej oghe Kelate hok baik-baik. Tak semuo la hok jahat nyo… ado hok baik pun ado.

Nok suko tengok Jaha bilo jupo ngan Buchek tuh… habih takdok Amerika dio, siap suruh Bbong berhenti kat tepi jale nok kasi maso kat Buchek gi semaye sejik. Huhu…

Menate jahat la Jaha nih siap jual tino… sebelung jual tuh, dia baham dulu tino tuh. Menate ni baso baik demo!

“Tujuh tahung aku duk sini Chek, duo tahung mulo-mulo jah aku khijo… lepah tu aku segho malah aku begheti. Tapi jual tino sedap Chek. Rezeki aku mughoh nga tino. Aku keceh pulok sene buleh. Mulo-mulo aku pakai sendiri. Lepash tu lamo-lamo aku jual.”

Lepas tu, budiey suko maso jaha oyak ko saing dio…

“Kito kalu jahat pun Li, jangan sekat oghe buat baik.” Kiro ado la jugok jiwa baik dalam hati Jaha nih.

Hok nakal sekali bilo Jaha keno sindir. Sebab bilo saing nga Buchek, jaha mace nok jadi baik sikit.

“Aaaah, tok amerika doh la saing nga budok sejik (masjid)”

Budak Kelantan adalah filem yang dikatakan unik dan berani kerana menjadikan fenomena penghijrahan anak Kelantan ke ibu negara Kuala Lumpur sebagai latarbelakang ceritanya.

Sememangnya, Kelantan dari segi kebudayaan dan politiknya adalah sebuah negeri yang menarik dan sentiasa mencetuskan kontroversi. Budak Kelantan juga, sebagai suatu filem berunsurkan negeri tersebut, dijangka akan membangkitkan berbagai tanggapan yang kritis.



Sinopsis Filem Budak Kelantan

Penerbit: Puad Onah

Pengarah: Wan Azli

Penulis: Wan Azli (Lakon layar)

Pelakon:
Danny (Buchek)
Bienda (Che Nor)
Mohd Asrulfaizal (Jaha)
Md Eyzendy Libokbong

Krew:
Pacai (Muzik)

Syarikat Penerbit : Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 30 Oktober 2008
Format : 35mm

Sinopsis Filem Budak Kelantan

Dua orang sahabat, Buchek dan Jaha bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama.

Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di UM manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur.

Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus.

Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor, teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia.

Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan. Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu.

Wednesday, December 31, 2008

Pelik tul M`sia ni.....

http://farid108.blogspot.com Author: Farid bin Aspar // Category:

Tiga hari lepas, agak sedih juga selepas membaca laporan sebuah akhbar (20 Disember 2008) yang mana RTM telah mengharamkan penyiaran lagu yang ditulis liriknya oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin sendiri. Akhbar tersebut melaporkan bahawa RTM mengharamkan lagu tersebut disiarkan kerana liriknya yang kasar dan tidak sesuai. Amatlah pelik apabila hanya liriknya dijadikan alasan. Pada fikiran saya, ia tidaklah seperti yang didakwa. Mengapa? adakah anda telah melihat liriknya yang dikatakan tidak sesuai itu? Lagu yang bertajuk 'Aku Bukan Musuh Harta' yang ditulis liriknya oleh bekas mufti Perlis yang kini berada di United Kingdom adalah salah satu daripada 8 lagu yang terdapat di dalam album 'Yang Benar Tetap Benar' nyanyian kumpulan Kopratasa. Antara liriknya yang dikatakan tidak sesuai ialah "Ya, telah kaya para pendusta, syarat mereka, lupa Yang Esa, harta rakyat, semua disebat, harta awam, semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan,".

Apalah yang ada pada lirik tersebut, melainkan makna yang begitu mendalam bagi semua pemimpin amnya dan pemimpin-pemimpin di negara Malaysia khususnya. Tidak lain, ia hanya memberikan peringatan kepada semua agar apa yang terkandung dalam lirik tersebut dapat dijadikan panduan mereka yang memegang title sebagai seorang pemimpin yang mentadbir sesuatu organisasi atau negara. Tetapi jika tidak, samalah mereka yang mendtadbir itu seperti apa yang dimaksudkan di dalam lirik tersebut. Para pembaca yang budiman, sepatutnya RTM yang mana adalah medium kerajaan patut malu dan memikirkan semula tindakan mereka. Mengapa? Kerana jika hendak dibandingkan, banyak lagi lirik-lirik lagu yang sepatutnya diharamkan terlebih dahulu kerana liriknya yang bersifat hiburan semata-mata dan mengandungi pula unsur-unsur negatif yang ditulis oleh orang yang tidak kita tidak tahu latar belakang mereka.

Namun, lirik yang sepatutnya kita cari ini, yang ditulis oleh ulama yang arif tentang agama diketepikan kerana mengandungi unsur-unsur yang mengingati tuhan dan cara menegur pemimpin melalui lagu. Tidak salah, kerana bukan lirik lagu tersebut menyatakan mana-mana individu yang terlibat. Pada saya mungkin pihak RTM mahu menjaga hati sesetengah para pemimpin sekarang dan meredhakan perkara-perkara yang mungkar yang berlaku di dalam kepimpinan negara. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku di dalam sebuah media kerajaan yang dikatakan membawa nama ISLAM.

Mengapakah teguran-teguran yang disampaikan melalui lagu-lagu diHARAMKAN? Apakah mereka mencari kebenaran atau kebebasan? Jika mencari kebebasan, saya tidak hairanlah ini berlaku kerana sudah tentu tidak ada prinsip kebenaran dalam memperjuangkan kebebasan. Namun, jika kebenaran yang dicari, mereka sepatutnya malu dengan tindakan sendiri yang mengaku sebagai seorang ISLAM yang BERIMAN yang mentadbir dan memegang tanggungjawab yang besar dalam mempengaruhi rakyat. Hiburan yang melampau dibiarkan disiarkan dicorong-corong radio dan ditayangkan di kaca televisyen, mereka langsung tidak ada perasaan malu, malah bangga dengan menghebah-hebahkannya di dalam televisyen dan di dada akhbar-akhbar. Adakah mereka sedar, akan kesannya hiburan yang melampau? Membuka aurat, aksi-aksi yang memualkan dan budaya-budaya barat. Adakah ini yang kita mahu bentuk untuk generasi Malaysia yang akan datang? Perlukah hiburan yang sebegini rupa di dalam sebuah negara Islam?

Saya teramat sedih, di kala pemimpin negara kita, Perdana Menteri Malaysia melaung-laungkan untuk membanteras rasuah di dalam kepimpinan negara, tetapi masih ada yang tidak menyokong, yang mana telah mengHARAMKAN salah satu promosi yang dapat membantu kita menjauhi dan membanteras rasuah melalui lagu. Apakah alasan mereka yang kukuh untuk mengHARAMkannya? Adakah lirik lagu tersebut tidak sesuai? Jika kita lihat lirik lagu tersebut, sedikit sebanyak boleh memberikan kesedaran secara tidak langsung dan jika ada rezeki kita akan mendapat hidayah daripada Allah, Insya-Allah.

Tetapi, jika mereka sendiri pihak RTM tidak sedar, amat rugilah kita sebagai rakyat Negara Islam Malaysia dengan jelas mempunyai penentang dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Apakah kita disuruh membuat amal sahaja, tetapi tidak perlu mencegah kemungkaran? Jika ia, ia telah menyimpang daripada ajaran al-quran dan hadith yang mana menjadi pokok ajaran ISLAM. Kita disuruh untuk menyeru kebenaran dan mencegah kemungkaran. Bukan menyeru kebaikkan sahaja tanpa menghalang kemungkaran daripada berlaku. Ajaran apakah ini?

Jadi, di mana yang dikatakan ISLAM dalam negara MALAYSIA? Sudah tentulah banyak, tetapi mengapakah mengikut sebahagian sahaja ajaran Islam? Adakah yang amar makruf sahaja cukup untuk kita memegang label sebagai negara ISLAM? Jika ia, adakah kita berpegang dengan ajaran ISLAM sepenuhnya? Jadi di mana nahi mungkarnya? sedangkan lirik yang mencegah kemungkaran telah diHARAMKAN, di mana lagi yang kita boleh harapkan? Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Untuk lirik penuh lagu:-


Oleh itu, renung-renungkan, Jika ulama telah ditolak mentah-mentah dan digunapakai sebagai boneka. Apakah yang fungsi mereka dalam negara? Adakah mereka diperlukan sekadar mahu menyokong tindakan mereka sebagai pemimpin sahaja. Dan apabila ditegur ulama-ulama, para pemimpin memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dan tidak mengambil kira taraf ilmu agama mereka miliki yang sepatutnya menjadi panduan kepada para pemimpin dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam SEPENUHNYA. Berani sungguh mereka menolak pandangan ulama. Semoga Allah memberkati dan menyelamatkan kita sebagai umat Islam di negara ini dari segala musibah dan bala. Amin ya Rabbal alamin. Insya-Allah.

Berikut petikan berita berkaitan :-

Sumber:- mStar Online.
RTM gam lagu puisi Dr Asri 'Aku Bukan Musuh Harta'?
Oleh ZIEMAN

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM untuk siaran.

Hal ini telah dimaklumkan oleh pihak pegawai perhubungan RTM kepada penerbit album Xifu Nasir semalam.

Lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa difahamkan tidak mendapat kelulusan kerana liriknya.

Xifu berkata, beliau sendiri tidak diberitahu secara khusus dan terperinci kenapa lagu itu tidak lulus.

“Mereka cuma memberitahu kerana masalah lirik sahaja,”jelas Xifu Nasir.

Menurut beliau, hanya stesen RTM saja yang tidak meluluskan lagu ini sedangkan di stesen lain sudahpun mendapat kelulusan sepenuhnya.

Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar.’

Selain lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu title track ‘Yang Benar Tetap Benar’ juga masih belum lulus sepenuhnya kerana akan disemak semula disebabkan ahli panel tidak berapa arif tentang perkataan ‘makar’ yang digunakan dalam puisi tersebut.(’Makar’ adalah kalimah Arab dari Al Quran).

Ketika dihubungi hari ini, Dr Asri melahirkan rasa kemusykilannya kenapa liriknya digam.

“Saya hairan mengapa lirik saya ‘Aku Bukan Musuh Harta’ digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam,” jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.

“Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.

“Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu,” kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.

Katanya lagi,”Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan.”

Dr Asri, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kesukaran pihak panel RTM memahami perkataan ‘makar’ di dalam puisi beliau yang bertajuk ‘Yang Benar Tetap Benar’ itu.

“Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,” kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan.

Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.

Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.

Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’

Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.

Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.




Sekian, "INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH"

Rujukan :-
http://drmaza.com/home/?p=520
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/17/mstar_hiburan/20081216201229&sec=mstar_hiburan
http://ais-kosong.net/audio/aku-bukan-musuh-harta-kopratasa

Sunday, December 14, 2008

26-27 December... tungguuu~~~

Karnival Kebudayaan: Belia & Masyarakat

JOM ke Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti! Sama-sama berhibur sambil berlibur di hujung minggu bersama-sama dengan mak, ayah, isteri, anak-anak, abang, kakak, adik, sanak saudara dan sahabat handai menghadiri karnival yang lengkap dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Mari Ramai-Ramai. Ke Arah Membudayakan Budaya Islami Dalam Masyarakat Selangor.

1) Budaya Permainan Warisan

2) Budaya Membaca Buku-Buku Ilmiah

3) Budaya Penulisan Rabbani

4) Budaya Bercerita Kisah-Kisah Islami Di Kalangan Kanak-Kanak

5) Budaya Hiburan Mendidik Jiwa  

la haula wa la quwwata illa billah

Koleksi gambar tanah runtuh & operasi menyelamat di Bukit Antarabangsa
Dilulus terbit pada Sunday, December 07 @ 07:55:28 MYT olehTokPenghulu 
BeritaOleh hermansamsudeen

"

GAMBAR TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA (SIRI I)

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat mengesan mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN



PENDUDUK kawasan sekitar melihat lokasi tanah runtuh. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN


  

TUMPUAN orang ramai di kawasan kejadian. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

 

LAGI GAMBAR TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA (SIRI II)


GAMBAR OPERASI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

GAMBAR-gambar pilihan operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pagi ini.

MANGSA yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di dua kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang di sini, duduk termenung mengenangkan nasib yang menimpa mereka setelah terlibat dalam kejadian itu.-fotoBERNAMA

ANGGOTA tentera membantu mangsa-mangsa yang terselamat untuk beredar dari dua kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.-fotoBERNAMA

MEMBANTU memindahkan penghuni-penghuni kondominium berdekatan kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang. -fotoBERNAMA

ANGGOTA operasi mencari dan menyelamat mendukung kanak-kanak yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. -fotoBERNAMA

ANGGOTA operasi mencari dan menyelamat mengusung seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. -fotoBERNAMA

ANGGOTA operasi mencari dan menyelamat mengusung seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. -fotoBERNAMA

SEORANG anggota operasi mencari dan menyelamat mendukung bayi yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. -fotoBERNAMA

 

PEMANDANGAN udara lokasi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa yang terjadi awal pagi ini. foto ihsan TV3
 

PEMANDANGAN dari udara lokasi kejadian. Gambar dirakamkan oleh unit helikopter Polis Diraja Malaysia.

PEMANDANGAN kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat Kuala Lumpur. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN


Pemudawilayah -Takziah diucapkan pada semua mangsa dan kelurga terlibat.