CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 15, 2011

isteri - wanita solehah.





Bismillahirrahmanirrahim ....
Assalamualaikum w.r.b.t ...

Hadith Arbain 1: Setiap sesuatu
bermula dengan niat

Kerana pernikahan itu harus bersandarkan sunnah, maka saksikan sendiri
syarat-syarat daripada Rasullah SAW;

“Wanita itu lazimnya dinikahi kerana empat perkara:

i)kerana hartanya

ii)kerana keturunannya

iii)kerana kecantikannya

iv)kerana agamanya

maka pilihlah yang mempunyai agama, (jika tidak) maka binasalah
engkau.”(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Jadi pemilihan itu dibuat berdasarkan kepada agama . Apabila Islam menjadi panduan hidupnya , tentu sekali apa yang dilakukan , apa yang dituturkan apa yang difikirkan semuanya menjurus kepada pegangannya kepada Islam.

Pemilihan isteri itu kerana solehahnya , boleh jadi dia solehah kerana ilmu yang ada padanya .

Dengan hal yang tersebut , jika dia benar-benar berpegang kepada ilmunya , insyallah dia akan menjadi isteri yang solehah , yang akan mendidik anak-anak dengan sempurna , dan yang paling penting mentaati suaminya.

Jadi wahai sahabat-sahabatku , pilihlah wanita yang beriman dan berakhlak mulia , luaskan pandangan lebarkan fikiran , panjatkan doa yang tidak putus-putus kepadaNya.

sebagaimana firmanNya,

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)


wassalam.

0 comments: