CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 14, 2010

Dinar , Dirham ... kenapa kecoh sangat???

Askum ikhwah dan akhawat yang ana sayangi...

pertama sekali marilah sama2 kita lahirkan rasa `izzah dengan Islam , segala macam konsep dan sistem yang diaturkan oleh Allah s.w.t , sebagai panduan hidup kita di dunia ini...

hurm...bila sebut pasal dinar atau kongsi dengan orang lain tentang dinar , ada yang menerima dan ada yang gelak...even ikhwah ..huh!...

sebenarnya ... bila kita sebut tantang dinar ... sebenarnya kita patut rasa bangga dengan perubahan yang berlaku pada masa sekarang ...

masyarakat mula beralih kepada sistem kewangan Islam dan konsep matawang Islam...

dalam Islam memang special...bila emas dan perak didagangkan dalam urusan jual beli dan lain2 lagi ...sehinggalah ingin menyunting bunga ditaman , diagungkan juga dengan emas!

tapi sayang...umat Islam belum celik...teringat ana semasa pergi membeli 3 biji dinar untuk ikhwah lain...masuk jer pejabat yang bergrill besi 2 lapis dan privacy sifatnya , dipenuhi non-muslim...

barangkali mereka advance bab2 duit dan ekonomi ni....sedarlah waai umat Islam!

..................................................................................

masih x faham mengenai keagungan matawang Islam ?... ok ana simple kan..

1.cuba amek duit kertas then cut into pieces , ok dengan pieces tadi pergi beli barang...laku ke x?..hehe ... BUT ! kalau dinar emas dipotong 2 , 3 , 5...emas tetap ada nilai dan harga!

2.Baru2 ni inflasi berlaku dengan hebat di Vietnam...cetakan wang kertas dilakukan dengan sewenang2nya oleh Kerajaan Junta , namun rakyat lebih arif ...mereka telah bersedia dengan simpanan emas!

3.Jika perang berlaku , duit kertas x de harga!...emaslah menjadi urusan pada hari tu..

4.negara mana yang paling banyak mengumpul emas ?...jawabnya Israel dan US...mereka giat mengumpul emas dan menjual wang kertas kepada negara2 lain..amacam bijak x?

5.Kalau simpan duit dalam bank dapat apa?...cuba tengok kalau beli dinar/emas...nilainya naik setiap hari...cuba rujuk harga dinar yang menggila naik..hari demi hari.. http://www.publicdinar.com/

.................................................................................

ok la last sekali ana bagi hadis...hai kalau x tergerak nak kumpul emas gak tak tahulah nak cakap apa lagi...

Hadis berkaitan dinar.
Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)

Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)


.....

Jadi... marilah ikhwah dan akhawat yang faham perjuangan ini sama2 kita bangunkan ekonomi islam dengan memahami hadis di atas..

wallahu`lam ... ok tunggu sambungannya nanti

wassalam

0 comments: