CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 14, 2009

--kemaafan dipinta--

assalamualaikum sahabat perjuangan sekalian....
sempena xm ni yang akan menjelma x lama lagi, sy minta maaf minta ampun ,atas silap salah ,kata mengata, kutuk mengutuk,umpat mengumpat,dan macam2 lagi ketelanjuran yg telah sy lakukan kpd kalian selama ini,halalkan makan minum,dan paling penting doakan kejayaan sy dalam final xm ni,juga dunia dan akhirat. wslm

Saturday, April 11, 2009

Mari Jaulah k Klate...sambunge..

welcome to my lovely home... Bachok....hu~
Pata comey...pasir putih berseri...jauh dari keserabutan KL...huhu..
fi zilalil syajaratun Ru...
damainya kampungku...
jom... mandi pata...

Mari Jaulah k Klate...

sapa doh Kota Bharu...lamo kawe x kelik...
ni istana lamo ni...
nok make nasi ule..budu..sini la..
bank ni...empat sipe pitih
masjid ni kawe suko...klasik dan tok ime baco sedak...

Tuesday, April 7, 2009

Kalau perempuan tidak boleh memasak


http://adibsaat.blogspot.com
Kalau perempuan tidak boleh memasak

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati."Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat."Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebihperlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.


http://adibsaat.blogspot.com/
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga.

Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Sumber : raudhah.com

posted by .:: aDiB_SaaT ::. at 11:41 PM | 1 comments

Monday, April 6, 2009

final xm UM





20/4/09 - 10/5/09

Sunday, April 5, 2009

JIM-Baytul Muslim

Baytul Muslim JIM
LATAR BELAKANG

JIM memandang dengan serious dan menyakini usaha yang bersungguh-sungguh amat perlu dilaksanakan dalam usaha membina baitul muslim/keluarga duat sebagai pemankin percapaian matlamat JIM melaksanakan syariat Islam di Malaysia khusus nya dan di dunia am nya. Penekanan JIM adalah penubuhan unit Bait Muslim melaksanakan amanah dan tanggongjawab berikut:

(1) Ibu Tunggal dan Wanita Bujang

Ibu tunggal dan wanita bujang adalah merupakan asset yang penting bagi wanita JIM khususnya dan JIM keseluruhannya. Kebajikan mereka dan perkembangan emosi mereka perlu diambil perhatian oleh semua supaya masa depan mereka akan lebih terjamin dan kehidupan mereka akan lebih terurus. Dan yang terbaik JIM berusaha dan berkemampuan menyatukan ibu tunggal dan wanita bujang ahli JIM ini dengan ikhwah-ikhwah JIM dalam ikatan perkahwinan dan keluargakeluarga duat ini akan terus hidup di jalan dawaah. Pembinaan baitul muslim/keluarga duat sebagai asas pembinaan masyarakat syariat compliant dalam membina negara yang melaksanakan syariat Islam.

(2) Anak-Anak Remaja

Di kalangan anak-anak remaja yang insaf pula, ramai yang memahami bahwa pergaulan bebas membawa banyak kemudaratan terhadap prestasi akhlak dan pendidikan mereka. Mereka juga melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat berpunca dari pergaulan bebas tanpa batasan. Oleh itu mereka amat berhati hati dalam ‘social circle’. Mereka tidak mempunyai pergaulan yang luas dan bebas dikalangan mereka yang berlainan jantina. Kehidupan mereka dibatas dengan kehendak syariat maka mempunyai teman lelaki atau teman wanita tiada dalam kamus kehidupan mereka. JIM semesti lah bertanggong jawab dengan penuh ketelusan dan keikhlasan memainkan peranan sebagai pemudah cara mencari dan memilih jodoh-jodoh yang sesuai untuk mereka demi membina rumahtangga muslim yang saleh dan musleh. Bakal melahirkan jenerasi pelapis yang bertangungjawab kepada agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara pelaksan syariat Islam.

(3) Hasrat Ibu Bapa

Ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mencarikan jodoh untuk anak apabila telah samapai masanya. Mereka yang ingin dan mengharapkan kerehdaan Allah azzawajalla tentu saja memilih tatacara yang telah ditentukan Islam dalam penjarian jodoh anak-anak mereka. Mereka meletakan harapan kepada Bait Muslim sebagai venue perlaksana tugasan tersebut.

BIDANG TUGAS

Unit Bait Muslim JIM bertanggungjawab membina baitul muslim di kalangan ahli-ahli JIM dan rakan-rakan JIM dengan melaksanakan bidang tugas berikut.

1. Memaklumkan kepada ahli-ahli JIM akan kewujudan unit Bait Muslim yang berperanan besar sebagai pemudahcara, tempat rujukan, nasihat, sokongan padu dan menyediakan prasarana membina baitul muslim.
2. Menyediakan pangkalan data terkini biodata mereka yang berhasrat mendirikan bait muslim.
3. Membantu dalam proses pertunangan dan walimatul urus (jika perlu).
4. Meraikan majlis penikahan dan mendoakan jodoh yang berpanjangan bagi mereka yang telah disatukan.
5. Menjadi penghubung kepada Panel Perunding Keluarga JIM.

Sumber bulat-bulat: Baytul Muslim JIM

Disclaimer: Ini tidak ada kaitan dengan penulis, penulis melihat bahawa ada keperluan untuk mewar-warkan sistem yang bagus ini. Jadi ini hanya dipost atas inisiatif tersebut.
Posted by Mashizaki Keikan at 12:00 AM
Labels: Da'wah, Isu semasa, Pengumuman

Saturday, April 4, 2009

Hari ini rela ku pujuk hatimu


segala puji2an dipanjatkan kepada Allah Taala tuhan semesta alam.selawat dan salam kepada ar-rasul SAW para sahabat,tabi`tabi`in.dan para mujahidin..

harini ana rasakan amat bersyukur dan gembira kerana dapat meluahkan segalanya di depan dia dan dia...nanti ana luahkan lagi depan dia2 yang len..

ni cerita pasal jadi PM utk next year..
(pembantu mahasiswa) PM

kat cni ana tegaskan 1 perkara yg simple depan dia dan dia..

nak jd PM jadilah...tp ingt dosa dan pahala..
jawatan yg diberikan adalah amanah..umpama pisau ,u have 2 choices,cut vegetables or cut human..

tp,kalo da pgg jwtn PM ana nk korg pgg betul2 dan sebarkan fikrah islamiah..

next sem,korg kna bw usrah..by hook or by crook..ni bekalan utk bertemu Allah..
selagi mana islam tersebar di kolej ini..selagi itulah pahala korg kan dapat..walaupun da mati masa tu..

x yah risau modul ana provide,just kesediaan yg diperlukan skang..
rugilah pgg jwtn besar tp tiada hasil utk dakwah ini..


(luahan hati ana kpd 2 org ahli usrah yg lain).

Friday, April 3, 2009

Doa untuk mereka yang sedang demam.


Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar...
bertambah kekuatan ku
untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah...
Jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
disepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah....
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah...
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada –Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah, Ya Allah... ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu…..

Amiiin Ya Rabb….

Thursday, April 2, 2009

Abih Gheng = All Out


habis daya = abih gheng = all out

usaha2 fatah usaha....