CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 29, 2009

Jogging jogging dan jogging!!!


Senaman Jogging

JIKA ada yang pernah terbaca atau mendengar laporan juga dakwaan bahawa aktiviti berjoging boleh membahayakan kesihatan, mungkin menjadikannya alasan untuk tidak memulakan aktiviti ini. Malah, mereka yang sebelum ini menggemarinya juga tidak akan teragak-agak berhenti melakukannya dan mencari aktiviti lain untuk beriadah.

Paling tidak pun, penggemar aktiviti ini akan mengurangkan kegiatan itu dan mula mempersoalkan sejauh mana benarnya dakwaan itu.

Aktiviti ini sejak dulu lagi popular sebagai senaman mudah yang dapat memberi manfaat kepada tubuh badan secara menyeluruh, fizikal dan psikologikal.

Banyak manfaatnya, antara lain membantu menurunkan berat badan, merendahkan tahap kolestrol dan tekanan darah. Ia juga mengelakkan kerosakan otot dan tulang, meningkatkan ketahanan tubuh serta mengurangkan risiko penyakit jantung, osteoperosis, diabetis, obesiti dan beberapa jenis barah.

Dari sudut psikologi pula, seseorang itu boleh mengurangkan tekanan, kebimbangan, kemurungan dan meningkatkan keyakinan diri dengan berjoging. Bila berjoging, badan akan mengeluarkan hormon endorfin yang dapat meredakan ketegangan. Di samping itu, ia juga boleh dijadikan ruang untuk bersosial.

Memang banyak kebaikannya, namun ia tidak bermakna dakwaan berjoging boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang harus ditolak sewenang-wenangnya kerana satu hakikat yang harus diterima, memang tidak semua orang boleh berjoging.

Seorang ahli fisioterapi, Bhalwant Singhs Bains ketika membentangkan kajiannya pada Persidangan Kebangsaan Persatuan Fisioterapi Malaysia 2007 baru-baru ini berkata, tidak semua orang memiliki bentuk dan keseimbangan tubuh yang betul untuk berlari.

Sehubungan itu, katanya, mereka yang berhasrat atau berminat untuk berjoging perlu mendapatkan nasihat ahli fisioterapi terlebih dulu sebelum memulakan aktiviti berkenaan.

Memetik laporan sebuah agensi berita baru-baru ini, Bhalwant berkata, bagi menentukan seseorang itu sesuai untuk berlari atau tidak, ia dinilai melalui bahagian kuadrisep (Q-Angle) yang diukur antara pinggang dan lutut seseorang.

Mereka yang mempunyai Q Angle 14 darjah bagi lelaki dan 17 darjah bagi wanita, sesuai untuk melakukan aktiviti larian seperti joging.

Oleh itu, amat penting untuk memastikan sama ada anda benar-benar sihat dan cergas sebelum berjoging.

Jika segala-galanya mengizinkan, tentukan pula sasaran larian yang hendak dilakukan. Berlari kira-kira 14 kilometer (km) hingga 21 km setiap minggu misalnya, cukup baik untuk kesihatan. Jika anda baru saja memulakan aktiviti ini, sasaran ini mungkin boleh dicapai dalam masa beberapa bulan.

Anda juga haruslah memastikan bahawa anda mampu berjalan sekurang-kurangnya 5 km dalam kadar yang agak pantas. Untuk permulaan, lakukan kombinasi berjalan dan berjoging.

Teruskan berjoging dan berjalan selama 20 minit hingga 30 minit, tiga kali seminggu dan beransur-ansur meningkatkan tempoh joging sedikit demi sedikit pada minggu berikutnya sehinggalah anda mampu berjoging mengikut sasaran yang ditetapkan.

Jangan terlalu memaksa diri. Apabila anda selesa berjoging tiga kali seminggu, anda boleh menambah satu hari lagi dalam rutin itu jika anda mahu tapi pastikan ada ruang untuk berehat di antaranya.

Antara sebab joging menjadi cara bersenam pilihan ramai juga adalah kerana `kelengkapannya’ yang sangat minimum. Minat atau keinginan untuk berlari dan pakaian sesuai juga sepasang kasut.

Bagaimanapun, perkara paling utama yang perlu dititikberatkan sebelum melakukan aktiviti ini adalah mendapatkan sepasang kasut yang bersesuaian kerana ia dapat mengelakkan kecederaan.

Pakaian yang dikenakan untuk berjoging juga haruslah yang memberi keselesaan ketika seperti baju yang diperbuat daripada bahan yang menyerap peluh. Sebaiknya, elakkan memakai pakaian berasaskan kapas kerana ia sekadar memerangkap peluh dan membuatkan badan berasa lembap serta melekit.

Jika anda berjoging dalam cuaca sejuk pula, pastikan anda memakai jaket yang membenarkan pengaliran udara dan kalis air. Penggunaan jam randik pula membolehkan anda mengira tempoh masa berjoging yang dikehendaki.

Bagi yang ingin bersenam sambil berhibur, di pasaran kini terdapat pelbagai gajet yang direka khusus untuk tujuan itu. Dengan gajet sebegini, aktiviti kecergasan anda akan diiringi muzik yang tentunya menaikkan lagi semangat untuk bersenam.

Antara gajet yang perlu diberi perhatian kerana keistimewaannya adalah produk yang dihasilkan pengeluar barangan sukan, Nike dan barangan teknologi, Apple® yang menghubungkan dunia sukan dan muzik.

Dengan Nike+iPod, yang mengandungi sensor dan penerima data iPod, anda bukan sekadar ditemani muzik ketika bersukan, malah boleh mendapat maklumat tempoh dan jarak larian serta jumlah kalori yang dibakar.

Semua maklumat ini dapat didengari melalui fon kepala yang dipakai, seolah-olah anda ditemani seorang jurulatih peribadi. Maklumat ini juga boleh disimpan dalam akaun persendirian di laman web khusus iaitu Nikeplus.com untuk menilai prestasi larian dari sehari ke sehari.

Pengguna juga boleh meletakkan sasaran masa atau jarak yang ingin dicapai dalam akaun ini selain berinteraksi atau mencabar ribuan pengguna yang juga penggemar aktiviti larian dan joging di serata dunia untuk memecahkan rekod larian terbaik yang pernah dicatatkan.

Produk berharga RM139 ini sudah mula dipasarkan di kedai konsep Nike dan Apple, April 2007.

5 teknik betul berjoging

1. Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.

2. Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit.

3. Rehatkan rahang dan bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung dan menghembusnya melalui mulut.

4. Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.

5. Pastikan berlari atas permukaan selesa, yang membolehkan anda berbicara dengan rakan pada masa yang sama.

5 panduan mengelakkan kecederaan

1. Pastikan anda berlari di permukaan rata dan lembut seperti di atas rumput atau laluan khas untuk aktiviti ini. Permukaan kaki lima dan konkrit adalah berbahaya dan boleh mendatangkan masalah pada tubuh badan anda.

2. Jangan berlari di permukaan tidak rata atau senget.

3. Tukar kasut larian anda jika ia sudah digunakan untuk larian lebih 900 km kerana kebiasaannya daya anjal dan sokongan kasut hilang apabila kerap digunakan.

4. Mulakan aktiviti ini secara berperingkat. Elakkan menambah jarak larian lebih daripada 10 peratus seminggu. Jika anda mengalami sebarang kesakitan atau rasa tidak selesa akibat larian atau joging, rujuk kepada pakar kesihatan.

5. Sentiasa lakukan sesi memanas dan menyejukkan badan. Sebelum berlari, berjalan secara pantas kira-kira lima minit. Mulakan larian secara perlahan dan tambah kelajuan secara berperingkat. Apabila hampir tamat, kurangkan kelajuan sedikit demi sedikit habiskan larian dengan berjalan. Lakukan sesi menyejukkan badan dengan berjalan selama lima minit diikuti dengan regangan otot selama dua atau tiga minit.



~soseh2: ada sorang ikh kat BF bersungguh2 buat perubahan... ana yakin ngn dia... insyallah 3 bulan lagi ,fizikalnya akan berubah...... truskan usaha!!!

Thursday, May 28, 2009

Mari berjoging...jgn malas!


I remember as a kid when jogging first came into vogue. It was the thing to do. And of course, the more popular it became, the more gadgets that people had to have for their jogging routine, including the outfits, the walkmans, you name it. Even advertising latched onto the jogging craze. Just about every commercial you saw had a jogger in it. Well, jogging isn't the big craze that it once was, but the benefits of this great form of exercise are still there. That much hasn't changed. In this article, we're going to cover just some of the benefits of jogging. Hopefully, after reading this, you'll be digging into your hope chest and getting out your old walkman once again.

There are actually so many benefits to jogging that it would be impossible to list them all. At the top of the list would have to be how great jogging is for losing weight. Now, let me say right off, if you are obese, jogging is something that you want to do slowly as it can be very taxing on an extremely overweight person. But there is no better way, over time, to lose those pounds than with a good two mile jog in the park. If you're first starting out, try a mile or even a half mile. Start slow, but get started.

Another benefit to jogging is that is tones the muscles and bones. This is critical in preventing muscle and bone loss. You will find very few joggers who end up suffering from osteoporosis later on in life.

Then of course there are the cardiovascular benefits from jogging. A good jog really gets the heart pumping and the blood flowing. You won't find too many people who jog dying from heart disease or stroke. The circulatory systems are usually in tip-top shape.

But the one benefit of jogging that most people are totally unaware of is the mental benefit. Studies have shown conclusively that people who jog simply have a better outlook on life and are generally a lot happier. A lot of it has to do with the great feeling you get from getting out there and running a couple of miles. It's the sense of accomplishment that makes people feel good. I personally know that after I'm done with my morning jog (1 mile everyday) I feel like a new person. And when I can't jog outside due to the weather, I hit the treadmill downstairs and really ramp it up.

There is no question that jogging works wonders for your body and mind. Of course, before starting a jogging routine, please check with your doctor to make sure that he agrees with it.

Not that I put all that much stock in doctors.

To YOUR Health,

Steve Wagner

For natural treatments to a number of ailments, visit our website at http://www.natures-healing-remedies.com/ where you can get a free report on how the drug companies are killing us as well as get a 52 week series on a different ailment and treatment each week.

Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=S._Wagner

Tuesday, May 26, 2009

Aku Rela_Al-Gebra!!!!




Ini liriknya

Telah ku benarkan nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela tohmahan bermahajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah.
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia
Kerna..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga


Al-Gebra mmg best!!!

Monday, May 25, 2009

GRUM dan Karnival Harmoni 09


assalamualaikum w.r.b.t.

segala puji2an hanya pada yang esa Tuhan sekelian Alam..selawat dan salam kepada Sang murobbi agung...sahabat2 seperjuangan baginda seterusnya seluruh pejuang2Nya.

Sebenarnya 2 prog yg telah saya sertai diatas cukup2 memberikan kesan didalam diri saya sendiri.

1.Saya mestilah mencari jalan menambahkan lagi ilmu dan skill di dalam berdakwah pada masyarakat muslim or non muslim.

2.Jemaah telah membuka masyarakat dan memperkenalkan Islam yang bersifat sebetulnya,harmoni dan membuka tangan yang luas bagi mereka yang mahu menerima...

Daripada survey yang telah dijalankan menunjukkan non-muslim di negara tercinta ini memberikan kata2 positif mengenai Islam.


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak penganjur GRUM dan Karnival kerana telah berjaya melakasanakan tugas yang berat ini.

GRUM mengajar erti kepemimpinan dan dakwah.Manakala Karnival membuka mata saya menilai pendekatan dakwah di negara ini.

Sya yakin dan percaya momentum yang ada sekaran mampu menyuburkan lagi dakwah islamiah di Malaysia ,insyallah.

sekian,wassalam.

Bersama Islam Membina Masyarakat.

Tuesday, May 12, 2009

cun!

http://www.akademimuslim.com/

3 hari d BF....

assalamualaikum w.r.b.t

segala puji2an hanya pada Robbul jalil mmbrikan kesempatan untuk aku merasai nikmat Islam dan Iman ,selawat dan salam kepada junjungan besar Ar-Rasul s.a.w dan para sahabat dan para pejuang di jalanNya.

actually,ana pun x taw nk tulis pape...x pe la nk kongsikan sedikit ttg satu tempat yg best!

3 hari d BF cukup mmberikan satu pengalaman yg berbeza dan inilah yg dicari2 selama ini.

Di dalam Kitab Riyadhus Solihin....

ana petik satu hadith Nabi S.A.W yang berbunyi...

Daripada Abu Musa Al-Asy`ari melaporkan,Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata,
perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang buruk adalah ibarat penjual minyak wangi dan tukang besi ada kalanya penjual minyak wangi memberikan minyaknya kepada saudara ,ataupun saudara dapat membelinya,paling kurang saudara mencium baunya,

sebaliknya ada kalanya percikan api tukang besi membakar baju saudara ataupun saudara mendapat bau busuk daripadanya.

(HR Bukhari dan Muslim)


Fahamlah ana mengenai hadith diatas mengapa seseorang ikhwah itu kuat di dalam tarbiyah dan dakwah .... x lain x bukan dengan siapa pergaulan sehariannya.

Jadi seterusnya ana ceritakan sedikit tentang BF,

lokasi yang strategik sbg centre utk ikhwah, dekat dengan masjid (berjemaah di masjid),jauh dari kebisingan kota,rumah yang bersih,ahli2nya yang baik dari segenap aspek jasmani dan rohani,zon bebas durjana (asap + porno + kata2 kesat) ,internet yg cukup cun cukup laju!, terdapat dapur yg bersih,aktiviti harian yg Islami (jasmani dan rohani),semua pandai memasak,library haraki dan sebagainya...

senang cer....hidup bersama2 dengan mereka sebegini membentuk keimanan dan menjauhi kemaksiatan.

Topik yang dibincangkan DF DF DF DF DF....Prog3x....semuanya menuju kepada seruan kepada Allah s.w.t !!!

Indahnya hidup di BF!!!

untuk akhirnya,

Untuk menyelamatkan iman perkara2 yg buruk harus dijauhi,dengan siapa kita berkawan adalah perkara pokok.Kekadang sifat dan sikap kita yang mengaku sebadai adda`i ilalllah hanyalah x lebih daripada kata semata2..kekakang akhlak yang ditonjolkan lebih kurang sama atau lebih teruk dari kawan2 yg buruk akhlaknya...na`uzubillah...

penyelesaiannya,beruzlahlah sebagaimana Rasullah S.A.W ataupu tinggal bersama2 mereka yg berfikrah!

wslm.

nasi goreng fatah


ni nasi goreng ...warisan ibunda

mmg sedap...

x tipu...

Bahan A
Nasi yang sudoh ditanok....x sey panas2 biar sejuk dulu...

Bahan2 B
3 ulah bawe meroh
2 ulah bawe putih
segengge ike bilih
lada cengek (cili padi)
minyak masok
[b]
Bahan2 C
2 buter Telor
gare,gulo,& ajinomoto (secukup2 raso)


Cara2
1.Hancurkan/leraikan nasi dari rice cooker ,jgn biarkan berketul2.

2.Blendkan semua bahan2 B.

2.panaskan minyak masak 5 sudu makan...(berkadaran dengan kuantiti nasi)

3.Bila sudah cukup panas(jgn biarkan kuali anda berasap!) ...masukkan Bahan2 B yg telah diblend tadi.

4.Agak2 da garing (jgn biarkan hangit,petua-kacau perlahan3 api jgn kuat) masukkan telur...biarkan seketika barulah kacau ....

5.Masukkan Nasi dan gaullah bersama2,selama 3 min.

6.Siap sudah...jemput la makan jgn malu2...

wslm