CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 22, 2009

Gosok gigi bulan Ramadhan?...bolehkah?



http://www.zaharuddin.net/content/view/244/90/


Assalamualaikum Ustaz Zaharuddin yang di kasihi.

Adakah bersugi lebih dari sekali dalam Ramadhan itu, ...makruh....?

Saya suka bersugi sebelum solat , terutama sekali bila berpuasa, untuk mendapatkan pahala dan supaya bau mulut tidak menggangu saf saya.

Adakah bersugi ( 3 kali, pagi, zohur, asar ) pada waktu berpuasa itu ...makruh ..?

Saya baca dalam islamnet tadi, bersugi dgn mengunakan miswak di galakan di Ramadhan, as it is healthy.

Saya di fahamkan dari kecil bersugi selalu sangat di Ramadhan , makruh

Harap tuan Ustaz dapat memberi penjelasan supaya kita semua boleh amalkan di Ramadahan Al Mubarak.

Jazakallahuhair

ahmad fuad

Berikut respond ust zaharuddin dan ahli group. ( jawapan pertama bermula dari bawah sekali )

Assalaumualaikum,

alhamdulilah perbincagan yang baik dari syeikh marcelo yang alim dalam bidang ilmu agama, tetapi saya minta maaf kerana tidak bersedia untuk berbincang dalil by dalil dengan pajnag lebar dalam hal ini di dalam group ini. cuma perbincangan sederhana adalah digalakkan.

Benar, Dr yusof al-qaradawi juyga dalam kitabnya taysir al-fiqh fi dhaw al-quran wa as-sunnah tidak bersetuju untuk ulama Islam terlalu menyukarkan di dalam bab batal puasa. beliau juga mengrikitik tabiat ahli fatwa yang kelihatan terlampau fokus dalam bab ini sehingga menyusahkan orang awam, dan tertinggal perkara penting yang lebih perlu di utamakan.

Bagaimanapun, tujuan saya tidak lain hanyalah menjauhi apa jua yang berkemungkinan membatalakan puasa atau bercanggah dgn ruh ibadah puasa itu sendiri. Jangan pula kerana ingin mencapai 'maqasid' (objektif) dari bersiwak sehingga boleh membuka ruang mencarik maqasid ibadah puasa teruatamanya bagi orang awam yang suka mengambil peluang. Dalam keadaan objektif itu boleh dicapai anpa menggunakan air yang berlebihan (kumur) atau ubat gigi.

Maka dalam hal ini, mengabungkan dua maqasid tanpa membuka ruang masalah adalah terpilih pada hemat saya. justeru, saya berpandangan, lebih elok menghindarkan diir dari ubat gigi dan kumur guna air berlebihan tatkala puasa ..kerana ada cara lain yang boleh menyampaikan kita ke maqasid siwak itu.

Selain itu, Nabi saw ada bersabda :-

أسبغ الوضوء وخلل بين الأصابع , وبالغ في الإستنشاق إلا أن تكون صائماً ( ابو داود)

Ertinya : Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)

Memasukkan air di dalam hidung seperti ini adalah di kira sama dengan hukum berkumur menurut kebanyakan ulama fiqh. Kebanyakkan mereka termasuk ulama hadith biasanya menggabungkan topik menghisap air ke hidung dan kumur dalam satu bab. Justeru, inilah dalil pertama mengapa kami mengatakan menggosok gigi dengan air dan ubat gig berperisa adalah makruh dan tidak digalakkan.

Sebahagian besar ulama Syafie menyebut bahawa berkumur-kumur dengan berlebihan adalah satu perbuatan makruh ketika puasa. Dalil hadith sohih yang dipegang oleh mereka adalah :

لخلوف فم الصائم يوم القيامة أفضل عند الله من ريح المسك

Ertinya : Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi"

Justeru, menurut ijtihad mereka, memperbanyakkan berkumur terutamanya selepas zohor mmapu menghilangkan bauan mulut hasil ibadat puasa yang diberkati ini. Lalu, bersugi menggunakan air dan ubat gigi yang mempunyai wangian sudah pasti juga akan mengilangkan bau ini. Kerana itulah ia dikira makruh dan tidak digalakkan. Adapun Nabi SAW yang bersiwak hanya dengan kayu sugi, saya kira ia adalah tepat disamping tepat pula untuk membersihkan gigi dengan tidak memberi kesan terhadap bauan mulut.

Pandangan dan ijtihad mazhab Syafie ini juga dikongsi oleh ulama Mazhab Hanbali dan Mazhan Maliki ( Rujuk Kassyaf al-Qina' , 2/383 ; As-Syarh as-Soghir, 1/692) juga menyenaraikan berkumur banyak tatkala puasa itu adalah makruh. Justeru, menggosok gigi menggunakan air dan ubat gigi sekali lagi termasuk dalam hal ini kerana ia memerlukan kumuran yang banyak demi menghilangkan kesan ubat gigi.

Benar, sekiranya terminum air hasil dari kumuran tidak membatalkan puasa kerana ia adalah perbuatan tidak sengaja. Bagaimanapun, Imam An-Nawawi menyebut, sekiranya terminum itu adalah hasil kerana berlebih-lebihan dalam berkmur sehingga 4 kali kumuran, tatkala itu, jika tertelan air pada kumuran berlebihan yang keempat, ia boleh membatalkan puasa ; ia adalah kerana berlebihan itu sudah terkeluar dari hajat yang asal. ( Rawdah at-Tolibin, hlm 335 ).

Malah terdapat ulama besar seperti Ulama hanafi, Al-Qasimiah, Imam Malik dan Imam As-Syafie (dalam salah satu pandangannya) dan Imam Muzani yang berpandangan puasa boleh terbatal walaupun tertelan air kumuran tanpa sengaja. Manakala sebahagian ulama lain mengatakan tidak batal seperti Ishak Rahawaih, Awzai'e dan ulama mazhab Syafie (Naylul Awtar, As-Syawkani, 4/521) ; Kerana itu eloklah dijauhkan dari perbuat amalan yang ikhtilaf ini. Ia sudah tentu terlebih baik bukan.

Benar, Nabi SAW pernah bersabda :

أرأيت لو تمضمضت بماءٍ وأنت صائم , قلت : لا بأس بذلك , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ففيم

Ertinya : Nabi Umar : Nabi berkata kembali kepadaku (apabial ku Tanya apa hukum mencium tatkala puasa ) : apakah pandangan kamu sekiranay kamu berkumur-kumur dengan air dalam keadaan kamu berpuasa ? ; aku jawab : Tiada masalah ; Bersabda Nabi : begitulah (juga hukumnya dengan ciuman tadi) ( Riwayat Abu Daud, no 2385 ; Albani : Sohih)

Bukanlah lebih elok dan selamat jika dihadkan gosok gigi dan kumuran yang terhad dengan bilangan gosok gigi guna air yang terhad..selebihnya mengunakan sugi atau berus gigi tanpa melibatkan air dan ubat gigi.

sekian.

ust zaharuddin abd rahman

25 sept 2006



marcelo yokohama fidoyoko < conventionalwar@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it > wrote:

Salam wbt.

Saya tertarik dengan jawapan yang dikemukakan oleh sheikh UZAR, alim dalam bidang ilmu agama. Banyak perkara yang telah saya pelajari darinya. Semoga ALLAH berkati usianya menyebarkan ilmu dan menyampaikan kefahaman yang sahih kepada kita semua.

Sebelum kita melangkah dengan lebih mendalam bagi membahaskan tajuk ini, adalah wajar sekiranya ditinjau terlebih dahulu akan tujuan bersiwak. Sudah tentu tujuannya ialah untuk menjaga kebersihan mulut supaya tidak menganggu masyarakat di sekeliling kita di samping supaya kebersihan dan kesihatan mulut dan gigi terpelihara.

Inilah fokus utama mengapa Nabi bersabda ' Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali (berwudhu') untuk menunaikan solat'. Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Justeru, persoalan sama ada menggukan kayu siwak, ubat gigi, berus gigi atau air tidak timbul. Kesemua ini hanyalah alat bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan oleh baginda iaitu kebersihan.

Saya menyedari kedaifan diri saya ini. Namun begitu, saya kurang bersetuju dengan ijtihad yang mengatakan bahawa menggunakan air atau ubat gigi adalah makruh kerana dikhuatiri akan tertelan. Istilah 'ter' telan menunjukkan perbuatan yang berlaku di luar jangkauan kita. Begitu juga dengan termakan, ia tidak membatalkan walhal si termakan tersebut sudah termakan dua pinggan nasi. Justeru, perbuatan yang tidak disengajakan adalah dimaafkan. Ini kerana ini berlaku di luar kawalan normal minda manusia. Lihatlah bagaimana ISLAM yang tulin menyediakan landasan yang kukuh dalam memudahkan urusan penganya kerana ALLAH inginkan kemudahan bagi hambaNya, bukannya kesukaran.

Saya sebagai penuntut ilmu dan memerlukan banyak bimbingan dari sheikh UZAR berpandangan bahawa penggunaan ubat gigi, air atau berus gigi merupakan perkara yang dibolehkan bagi mencapai tujuan dan fokus saranan Nabi SAW iaitu kebersihan mulut.

Wallahu-a'lam. Teguran dan nasihat dialu-alukan.


zaharuddin arahman < zaharuddin@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it > wrote:

assalamualaikum,

jwpn saya yang sgt ringkas adalah :-

Bersugi dan memperbanyakkan bersiwak menggunakan kayu sugi adalah amat digalakkan dalam setiap waktu di bulan ramadhan, samada pagi , tghari atau petang.

ia berdasarkan hadith sohih yang menyebut :

Dari 'AMir bin Rabi'ah berkata "Telah aku lihat Nabi SAW bersiwak tidak terkira banyaknya dalam keadaan baginda berpuasa ( riwyaat al-BUkhari)

tapi perlu ingat, siwak Nabi adalah guna kayu sugi tanpa air dan ubat gigi. Justeru tiada kemungkinan nabi terminum atau termasuk di perut Nabi ubat gigi.

Justeru, jika gosok gigi pakai ubat gigi, maka tatkala itulah terdapat ijtihad mengatakannya sbgi makruh krn bimbnag peluang terbatal kerana minum air kumuran dan ubat gigi. Keadaan ini berlainan dgn siwak Nabi SAW.

sekian,

sila beli metro ahad depan utk baca ulasan ringkas saya tentang ramadhan.

Ramadhan kareem..

ust zaharuddin abd rahman



marcelo yokohama fidoyoko < conventionalwar@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it > wrote:

Salam wbt.

Sebelum Ustaz Zaharuddin yang alim ilmunya menjawab, Insya-ALLAH ana yang dhaif dan banyak cacat celanya akan cuba membantu sedaya mungkin.

Hadith yang memakruhkan bersiwak selepas gelincir matahari merupakan hadith yang teramat dhaif (dhaif jiddan) seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Darulqutni.

Sebaliknya, hadith sahih yang menggalakkan bersiwak setiap waktu terutamanya ketika ingin mengerjakan solat ialah ' Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali (berwudhu') untuk menunaikan solat'. Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Bersadarkan hujah ini, maka tuntutan memelihara kebersihan mulut hendaklah dititik beratkan supaya tidak menganggu orang lain ketika sedang bersolat atau ketika sedang berbual dengannya. Adapun bau yang keluar dari mulut berkemungkinan boleh menganggu orang. Lihatlah betapa indahnya ISLAM yang tulin dan asli sebagai mana yang diajar oleh baginda Rasul SAW.

0 comments: